Posts

Showing posts from March, 2012

poem?

Image
it's not prada it's not gucci it's just a plain adidas bag
which is not actually an adidas brand it's a 'pasar uptown' adidas brand
I stuffed in it a lot of files labcoats notes pen,higlighter,scissor,stapler rubbish?
one sweet day the zip is missing I thought of throwing it

but yesterday an egyptian in a shop fix it

I'm happy for that 15 ringgit I spend for having you now you back and help me
to carry all the load


I'm glad to have you back my adidas baggie


part 7:masjid amru Al-as

Image
sebelum start ape2,boleh baca dulu entry copy paste.sumber sini


Masjid Saidina Amru al-‘As merupakan masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika ini. Masjid ini telah dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As bersama beberapa orang sahabat ketika itu. Khalifah Umar al Khattab radhiAllahu an.hu telah memeberi tanggungjawab kepada Amru al ‘As untuk membina masjid setibanya berjaya membuka Mesir. Pembinaannya dimulakan pada tahun 21H / 641M di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu sebelum Kaherah.

Dengan berbekalkan kumpulan tenaga kerja yang lebih 60 orang sahabat baginda Rasulullah SallAllahu alaihi wasalam. Masjid ini dibina dan ia dikenali sebagai Masjid Amru al ‘As bersempena dengan nama panglima Islam yang telah membuka Mesir.


Pada peringkat awal , ia merupakan masjid yang menjalankan pengajian keilmuan yang tulen dari ulama' yang ikhlas menyatakan ilmu Allah Taala. Imam Syafei rahimahu’Llah telah memulakan kelas pengajiannya di dalam masjid ini dan mempe…

part 6:piramid giza

Image
sambung edisi perjalanan kaherah yang tertinggal.ingatkan hati dah mati untuk menaip.

semua orang move on
semua orang menghala ke depan
takkan aku nak pandang belakang
tapi tak nak maju ke depan

syukurlah Allah sentiasa bagi kekuatan,ketabahan.dan parents yang sentiasa faham.kawan yang sentiasa buat aku gelak tak menahan.

ustaz edrian tak bawak kiteorg jalan2 hari kedua.tapi,kiteorg pegi jalan2 dengan satu family ustaz lain.ustaz ni orang siam,pattani,isteri dia asal indonesia.dan anak mereka,dua budak perempuan comel.maha(4 tahun) dengan sidratul muntaha(2 tahun)

piramid giza ataupun dipanggil ahram.mengenai ahram,dekat bawah ni copy paste dari sini



Kedudukan Ahram atau piramid yang terletak di Giza merupakan kawasan perkuburan Firaun di zaman dahulu. Ia merupakan salah satu tujuh binaan ajaib di dunia yang menjadi tumpuan para pelancong. Di kawasan ini terdapat tiga buah piramid utama dan juga Sphinx (Abu Houl) yang berkepala manusia bertubuh singa.

Jika diperhatikan kawasan ini, jelas…

part 5:(masjid saidina hussin+pasar hussin+masjid Al-azhar)

Image
waktu ni,dah malam,jadi kami semua sangat penat.ustaz kata apa,senyumnya tadi lebar sampai nampak gigi sekarang sedikit,cakapnya tadi banyak sekarang sudah senyap,matanya tadi luas,sekarang sudah layu.(tak ingat sangat,tapi lebih kurang macamtulah)

jadi,kita packagekan terus masjid saidina husin,pasar husin,masjid Azhar dalam satu entry.buku nota cuma tulis tiga tempat ni je.description takdooo.jelas pemalas.

1.ada satu sebab kenapa suka pergi sini.sini mana?sini tu masjid Azhar.tenangnya ya Allah saja yang tau.Tahun lepas,pernah sekali tunggu orang dalam perkarangan masjid azhar.tak terasa pon sebenarnya dah tiga jam melangut dalam tu.tengok sana orang bertalaki,sheikh bagi 'talk',student yang khusuk dengar takde toleh2. semuanya senonoh belaka,sejuk dipandang mata,mencari redha Allah semata.

bagi sesiapa yang mencari tempat untuk beriktikaf.masjid Al-azhar.confirm menangis tak nak keluar.Masjid Azhar dikenali sebagai jami' Al-azhar.berasal daripada perkataan zahra bermaksud…

part 4:masjid dan makam imam syafi'e

Image
masih terngiang2 di telinga.waktu tu hati bisik ustaz ni macam tengah membebel sorang2.lepastu ambil buku nota,tulis dan catat menonong.sekarang baru menganga tengok buku nota.sebab tak faham apa yang diri sendiri tulis.kejamnya hati.tak nak bersabar waktu menerima ilmu.#kata2 tentang menuntut ilmu di depan makam imam syafie

seperti tak percaya.aku dapat melihat makam .pengasas mazhab imam syafie.kata ustaz.adanya 4 mazhab bukan bermaksud umat islam berpecah.kita adalah manusia biasa.kalau puasa nak ikut macammana,kalau solat nak ikut macammane dan banyak lagi hukum2 fekah yang kita tak boleh buat ikut sukahati ,logik ,ilmu sendiri yang sangat cetek tentang islam.dengan adanya imam2 yang menghafal dan memahami Al-quran dan hadith,mendalami ilmu2 agama,menuntut ilmu dengan imam yang handal sebelumnya.barulah kita tahu hukum mana betul yang mana salah.supaya ibadah kita tak terpesong dengan cara islam yang sebenar.
#makam imam syafie (dibelakang tiang).disebelahnya adalah makam mahmud ka…

part 3:saiyidah nafisah

saiyidah nafisah adalah salah seorang daripada Ahlul bait.juga dikenali sebagai ummul 'ulum'(ibu sekalian ilmu)beliau sangat dikenali dan disegani masyarakat di seluruh mesir.Jadi tak hairan,ketika aku masuk ke dalam masjid tempat bersemadinya makam saiyyidah nafisah, ramai manusia yang datang menziarah.tak putus2.jambangan bunga kecil sangat banyak di tepi2 makam saiyyidah nafisah.

kisah sayyidah nafisah aku dengar daripada ustaz edrian.tapi,sebab otak ni tak hebat dalam ingatan,dan tangan tak laju waktu tulis dalam nota.jadi aku guna khidmat google.Alhamdulillah, isi cerita yang aku dengar sama dengan artikel di dalam google.

ini copy paste,takut nak pendekkan cerita.nanti tertokok tambah

Ibadat Sayyidah Nafisah
Sayyidah Nafisah sangat gemar membaca al-Quran, kuat berpuasa di siang hari, solat pada malamnya, amat kasihan belas kepada orang miskin, anak-anak yatim dan manusia sekaliannya. Diriwayatkan daripada Sayyidah Zainab binti Sayyid Yahya yang juga anak saudaranya, bel…