Wednesday, 19 December 2012

Pharmed-12 (cerita sebelum terlambat)

Assalamualaikum..

Jam mesir menunjukkan pukul 3 pagi.dan esok hari saya bakal memulakan exam praktikal final yang pertama iaitu microbiology.Memandangkan mata ni lelap pun tak nak.Saya nak menaip dekat sini sampai tertidur?boleh?

Ini cerita sebulan yang sudah.Saya dan pharmily(satu geng farmasi) dari mansoura dapat hadir dalam satu seminar pertama yang diadakan khusus untuk pelajar farmasi.umumnya kepada pelajar perubatan.Malas nak cerita panjang...dekat sini..cuma nak listkan beberapa info penting kalau anda berminat dengan kerjaya dan halatuju farmasi.

Info ni di providekan oleh prof yahya,prof Mansur dan prof  Norizan.jangan kata tipu pulak.Saya pun tak percaya saya dapat belajar dari duktur melayu sepanjang 2 hari tu.modul seminar pun tak sempat diselak lagi.

halatuju farmasi?
Selepas habis belajar dan dapat degree.Anda diwajibkan untuk buat houseman + 1 tahun perkhidmatan wajib dekat mana2 hospital.Dalam tempoh satu tahun pertama tu digelar PRP(provisionally registered pharmacy).macam junior.Then,dalam tempoh tu jugak kita kena ambil satu exam.kalau lepas exam tu akan dianugerahkan FRP(fully registered pharmacy).Tapi,exam tu bukan senang nak lulus walaupun open book test.Dan hanya 3 bulan sekali kalau nak mendaftar.pendek cerita,habis houseman,lulus exam,habis perkhidmatan wajib.you are free kalau takde pinjam mane2 agent kerajaan mahupun swasta:)

selain kerja dekat hospital nak buat apa?
Boleh sambung belajar.Bagi anda yang nak sambung belajar master dekat Malaysia.boleh.Requirement untuk UITM shah alam adalah cgpa 3 dan ke atas.dan kalau ade pengalaman 2.7 boleh diterima.Kalau anda minat jadi pensyarah sangat digalakkan kalau dah alang2 ambik master.Dan kalau tak suka hospital nak buat  research boleh pilih mana2 universiti dekat Malaysia.Tapi kemungkinan 30% jadi pensyarah sambil 70% buat research.Dan boleh bukak retail sendiri bila dah banyak pengalaman.

contoh:uitm=genomic centre
            usm=research centre of molecular biology n drug research centre.
            ukm=rasanya tertido time ni tak sempat salin:/

Sebenarnya bidang ni sangat besar. saya cuma bagi penerangan kecil .Hanya untuk mereka yang betul2 blur pikir farmasi tu apo bondo eh.Saya salin dan terangkan mane yang mampu.keluarkan output daripada input.

Akhir kata,nak tidur..

tolong ameenkan...
Cik nurhidayah noor azman dapat habis degree tahun 2014.Dapat jadi FRP dalam 2 tahun paling lama.Dapat lulus exam open book text dengan mudah.Dan dapat result cgpa yang cukup untuk sambung belajar master dekat uitm puncak alam .supaya dapat ulang alik rumah ke universiti.posting pun kalau boleh senang je dapat dekat shah alam.ameen...

impian dan tekad.Anda pun jangan lupa pasang azam masing2.Saya dah jumpa pun alhamdulillah:D
maaf andai tersalah kata sepanjang saya menulis.bittaufiq wannajah.Allahu maakum.ana mushfadhiyeen ilal 23 jan.

Thursday, 13 December 2012

the old lady in copacabana

 
 
She was standing in the pedestrian precint on Avenida Atlantica,with a guitar and a handwritten notice "let's sing together"
 
She started playing on her own.Then a drunk arrived and another old lady,and they started singing with her.Soon a small crowd was singing,and another small crowd provided the audience,applauding at the end of each song.
 
"Why do you do this?"I asked her,between songs.
 
"So as not to be alone," she said.'My life is very lonely,as it is for nearly all old people.'
 
If only everyone solved their problems like that.
 
again
 
paulo coelho

Friday, 9 November 2012

bahariya oasis

اسلام عليكم
 
Baca public health tak masuk2.maka,saya disini untuk mencoret kisah adventure saya membawa umi berjalan ke padang pasir yang di beri nama bahariya oasis.seronottt.tapi ade sedikit benda yang spoil.buang yang keruh jadi mari dengar cerita yang best dahulu.
 
Pagi 27hb ,hari raya ke-2.umi dan saya bertolak ke hayyu sabe' di kaherah.Pukul 3 pagi waktu mesir.Perjalanan yang selalu ambik masa 2 jam setengah jadi 1 jam lebih gara-gara orang semua tidur.siapa pulak pegi kerja jam 3 pagi.tiba dekat pasaraya masr sudan kami pun berjalan menuju tempat berkumpul.
 
Perjalanan ke bahariya mengambil masa 6 jam.penat bangun tidur bangun tidur.ambik gambar selca dalam bas .akhirnya kami sampai ke checkpoint first untuk naik jeep 4 roda.Fuh ade feeling macam main roller coaster.Tell you what? masyarakat arab badwi ter-sangatlah baik.ammu jeep tu berborak macam2 ,dan bagi kami makan laban.sejenis tamar yg dia kata ditanam dekat rumah dia.Saya terambil yang kelat sebab ingatkan yang muda itu rangup.facepalm*
 
Tempat pertama yang kiteorg singgah ialah sand dunes,yang menariknya,kita kena tunggu berhari-hari untuk sand dunes tu jadi bukit kecil.pasir dia halus macam pantai. saya dipaksa sand surfing oleh umi.fine..mula2 ok.dekat tengah tersekat sebab pressure berat badan.Kemudian,ke black desert.kebanyakan gunung2 berwarna hitam.Malam tu,kami tidur dekat white desert.Bertemankan bintang,bulan terang malam raya dan beberapa ekor musang..
 
Pagi yang sangat indah,saya dan umi terasa macam berada di pergunungan alps.sebab kami sampai malam.tak perasan yang White desert tu sangat cantik subhanaAllah.dikatakan 350million yang lalu tempat tu adalah laut.Jadi,ade banyak batu2 coral yang besar bagak terbentuk.Kebanyakan bentuk cendawan.boleh pilihlah nak cendawan butang ke,puput ke..whatever.tp,cun.Yang paling terkenal ialah mushroom n chicken rock.
 
saya dah pandai runtuhkan khemah!!packing2 dan naik jeep untuk balik.Kami sempat singgah ke crystal mountain,valley of el aggabat,dan cold spring.bagi saya tempat2 tu semua merepek baik bawak pergi salt lakes.Kami tiba dekat checkpoint first dan ambil bas pulang ke hayyu sabe'.
 



 Black desert.lihat bentukan gunung seperti bekas kawah gunung berapi yang berkurun tidak aktif.








Camp site white desert.

 

tengok!! matahari terbenam daripada dalam
jeep pakcik ubaidullah.
kesimpulannya,perjalanan sangat panjang,badan bau kambing,tapi,alhamdulillah pengalaman dapat berada di situ tak mungkin dilupakan.Rasa sedikit berdosa kerana mengheret umi sekali ke tempat yg terpencil dan memenatkan.sekian.nikmati gambarnya ya dong!
 
 

Thursday, 8 November 2012

Adha 12 bersama umi

اسلام عليكم
 
ye ye.saya la yang baru bukak balik blogspot lepastu terus update cerita baru lepas dua jam.Berbalik kepada seminngu yang lepas adalah hari cuti ,5 hari sebelum hari tersebut.Umat islam seluruh dunia telah menyambut hari raya aidiladha yg jatuh pada tanggal 26/10/2012.Lain tempat,lain ragam.Di mesir@ mansoura,masyarakat arab lebih teruja merayakan aidiladha berbanding aidilfitri.tumbang lembu pun dalam building sendiri-sendiri.
 
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah.mak saya(umi) dapat turun all the way dari Madinah untuk beraya dengan saya.(Umi kerja jururawat dekat hospital di Madinah)Perasaan...gementar,rindu,gembira,bercampur baur.Saya diamkan sebab takut tak jadi nanti hampa.Jadi,sorilah kawan2.saya beraya dengan mak tahun ni.surprise!
 
Pagi tu raya macam tak percaya bangun2 tengok sebelah atas tilam ade umi.eh macam mimpi sangat.dua tiga kali saya ketuk dagu.sah realiti.Lepas solat subuh umi terus ke dapur masak kuah kacang.rebus nasi himpit dengan rendang umi buat dekat madinah.
 
Lepastu bawak umi pergi solat hari raya.Habis dengar khutbah kiteorang terus balik makan dan beraya rumah k.mila dan k.mira.perut penuh hati lagi senang.Kawan-kawan pulak tak henti2 cakap seronokla raya dengan mak.alhamdulillah.rezeki masing-masing.
 




Itulah pengalaman hari raya pertama saya.Betul kata orang,hari bahagia disambut dengan orang yang kita sayang.Rasa bahagia tu melimpah ruah.syukur nikmat.patut atuknenek kat kampung sedih anak cucu tak balik...makan rendang sorang-sorang.apo ado?
 
 
 
 


Monday, 20 August 2012

21 years old



اسلام عليكم

I'm writing this entry at 12pm (Egypt time).now that I'm officially 21.Last year,I had make a list when 2011 was going to end.so that I will achieve some item that I need..to enter the new phase in my life.adulthood.

anyway,let's review..


toward my 21 years old(inshaAllah) I promise you that:

1.I will become more matured in every way(talking,dressing,….)

maybe pass

2.I will not jumping into conclusion right away when deciding something.

fail


3.I will be more patient in handling problems,either mine or others ..wisely.

Jujur tahun ni paling mencabar....study...family..aku selalu fikir aku menyusahkan semua orang.but,I made it alhamdulillah.things was getting better.

3.I will go to search for more(kelas agama,kerja amal,sedekah,small kindness)

rahsia

4.I will increase my love toward peoples who love me.call umi and ayah twice a month,not once every two month T.T

pass

5.I will strive to get scholarship/anything that can support my study fees.if not I must got cgpa above 3.5.by hook or by crook!insyaAllah

alhamdulillah..I got it.not the scholarship.but my result...berkat doa semua orang.tak percaya masa tengok result tu ditampal.memang macam mimpi.


6.I will be more understanding,caring,supporting toward girl-friends..and more

friendly towards boy-friends.

pass ,tp untuk lelaki,rasanya tak....susah...aku tak cakap dengan lelaki kalau dorang tak mula cakap dengan aku.jadi,kalau dorang tak cakap dengan aku. consider dorang tak selesa cakap dengan aku.jadi,aku selalunya cuba untuk memahami keadaan dorang,dan faham dorang kena jaga mata.:) aku pun sama.lol

7.I will message my brothers oftenly,and tell them that I love them till they get annoyed of me.hahah

fail.but I know they love me.obvious kottt

8.I will contact/msg atok,maklong,mak ngah,mak usu,pak long, and kacau2 sepupu.makes the bond stronger bebeh.

fail.abang edy dengan paksu dah nak kawin.dua wedding yang paling penting.satu wedding last dekat n9 sebab paksu adik ayah yang last.abang edy sepupu first aku. macam abang aku sendiri. sebab dulu aku berangan nak abang.tapi dapat adik lelaki je 4 orang.abang edy ni cool tapi dia sama je sifat dengan abang-abang yang lain.pembuli.

9.I will love this country as much as I can,but still malaysia always win.heee~

maybe pass.kadang-kadang aku suka.kadang2 aku rasa benci sampai berfikir 2 tahun je lagi.lepas ni boleh balik malaysia jangan kau fikir lagi nak belajar kat luar negara.

10.I will try to be a good leader for my PHARMILY(short name for pharmacy students). even though I’m just a plain,clumsy,cheesy girl,you guys put your trust on me…..*melting*

fail.tahun depan aku nak letak jawatan.suruh naeem jadi ketua balik.kalau dia tak nak.aku paksa yamin,lukman atau hanis.aku da cakap da perempuan tak layak jadi ketua.double failure

11.I will always seek for ‘redha Allah’ in everything that I do above.never miss and solah at the exact time,reading quran,zikr and everything that makes me close to HIM.

rahsia


...rasanya aku baru 50 % ready untuk masuk alam dewasa.praktikal betul cara aku menyusun data.nasib baik aku jumpa balik list ni.menjadi muda memang susah.aku perlu melalui banyak halangan dan cabaran.supaya sampai satu tahap aku boleh menjadi orang tua yang boleh memejamkan mata dan meninggalkan dunia dengan tenang,

selamat hari lahir diriku yang hina.semoga menjadi hamba Allah yang bertaqwa.





Sunday, 5 August 2012

resepi puding roti


credit goes to nadia,I didn't own this recipe*.*


اسلام عليكم

resepi ni untuk satu aluminium foil saiz sederhana macam gambar last entry

gula
susu
telur
vanilla powder
butter
roti

tips:
1.gula letak 5 sudu besar,tak manis sangat tak tawar sangat,rasa dia lemak2,best!
2.susu 3 mug besar.pastikan boleh rendam semua roti
3.telur,2 biji untuk satu aluminium foil
4.vanilla powder,tak penting.semalam terlupa beli.tapi sedap je
5.butter,beli yang saiz kecik.saya suggest brand lurpak 100 g.guna separuh.
6.roti,5 keping,kalau nak save bajet guna roti fino pun sedap.

cara-cara:
first things,panaskan oven,api sederhana.
1.blender susu,gula,dengan telur.saya takde mixer.blend jangan lama2 nanti dia berbuih-buih.
2.susun roti tu elok2 dalam aluminium foil.kalau guna fino carik-carikkan roti fino pastu campak je dalam aluminium foil.kalau suka kismis bole letak juga.tapi,saya takde bajet jadi tak letak=.='
3.cairkan butter atas pan,then,tuang dekat atas roti .
4.last sekali,tuang bahan dalam blender,biar roti tu kembang dan masukkan dalam oven.

bake 20 minit.depends.sampai dah tak berair dengan atas puding tu dah jadi golden brown.

akhir kata..you can do it!haha gila semangat suruh orang cuba.bye



Friday, 3 August 2012

lesen memandu

اسلام عليكم

Topik harini adalah lesen memandu.siapa dah ambik angkat tangan?sape ambik lepas habis spm sebab takde kerja nak buat juga angkat tangan?sape fail ujian memandu pertama angkat tangan? yang paling horrible sape fail dua-dua ujian memandu kereta dengan motor sekaligus angkat tangan?

keputusannya:tinggal saya sorang angkat tangan...

haha tak kelakar=.='

pengalaman ujian memandu adalah salah satu pengalaman yang boleh dikatakan epik.siapa tak menngeletar lutut waktu pegawai jpa duduk sebelah memang handsome.saya fail first time ujian memandu kereta time jalan raya.sebabnya waktu sampai junction,meter dekat 0.dekat KOSONG.ujian motor pulak sebab terjatuh lalu titi.fail kereta tak kisah sangat..dah ade jangkaan.tapi,fail motor menjatuhkan maruah.jatuh titi pulak tu.double malu.

saje je ingat2 balik kisah lama.sampai menangis tak lulus ujian kereta.ingatkan fail spm je boleh menangis.haha.rilek.sekarang,dah ade full lesen.tapi percayalah,last time bawak waktu ujian memandu.kalau balik malaysia pun naik ktm.ok ape.save minyak.lol.harap2 mengingatkan readers waktu korang ambik ujian memandu .

serius sekarang takde benda nak cerita.member banyak yang da balik.jarang keluar rumah sebab agak panas.tapi,nanti saya try buat edisi kelainan ramadhan di mesir.nanti kalau asyik cerita pasal rindu family orang jemu lagi jelik.haha.till then :)


Wednesday, 1 August 2012




people do not think very much about death.They spend their lives worrying about absurdities,they put things off,and fail to notice important moments,They don't take risks,because they think it's dangerous.They complain a lot,but are afraid to take action.They want everything to change,but they themselves refuse to change.

If they thought a little more about death,they would never forget to make that much-postponed phone call.they will be a little crazier.They would not be afraid of this incarnation coming to an end,because you cannot fear something that is going to happen anyway.

The Indians say :Today is a good day as any to leave this world.and a wise man once said :'Death is always sitting by your side so that,when you need to do something important,it will give you the strength and the courage you need

paulo coelho
like the flowing river

Sunday, 1 July 2012

OTC weight control

اسلام عليكم
Remember I had made a post about over the counter weight control drugs.I didn't finish my word people.I am reading the lectures of community(for the sake of exams).I didn't named yet OTC drugs you should take.right?

so,the answer is

THERE IS NO SUCH THING like OTC WEIGHT CONTROL!!

scream now belly and fatty.

There is drugs that had been used as OTC weight control,phenylpropanolamine ,benzocaine, and some additional agents like bulk-producing laxative and ma huang.But,FDA had approved that it is either not safe(high risk),not effective or both.

yes,I know.cruel fact here.
you could only take the prescribe one.but the good news is..you'll get an extra advice from the doctors on how to manage your diet,or ..should I say that a personal gym instructor might be interesting?

The best solution..
E.X.E.R.C.I.S.E
start with something that makes you feel happy.
for me,I prefer jogging at the lake,and stadium,but due to summer and I don't want to burn my face.I suggest you should try dancing.There is a lot of dance step on you tube.download...and..

that's all for now.wish me all the best for community paper.



Wednesday, 20 June 2012

gadis alaf baru


أسلام عليكم
apakah kegemaran anda ketika exam?jika anda kata makan.kita serumpun.Kalau sem lepas, pantang ditanya,dicall,di skype dayah jom rumaz ayam bakar.jom chick snak box,jom bakso maha spagethi meatball.pantangggg dan dan tengah cicah biskut cicah teh,atau tengah sapu roti dengan jem, bergegas sarung baju,seluar dan tudung! sekarang............tidak lagi.aku hanya gadis picisan yang gemar ke dapur.ceih ayat..

nah la semalam sebelum first paper final written
masak lada hitam



ini dipanggil hobi peperiksaan.daripada drama depan laptop belek album malaysia sambil feeling2 rasa airmata,paksa diri pergi dapur masak rasa air tangan.

dengan perencah maggi lada hitam adabi,tambah air masuk ayam,saya rasa bertuah dilahirkan sebagai gadis abad 2012.
anda terkena!masa memasak hanya 30 minit.kalau makan luar sampai 2-3 jam.sekian

الحمدلله




Saturday, 16 June 2012

umi's pancake



اسلام عليكم
I still remember my last breakfast before departure.It's around October,2011.I request umi for a pancake.Umi said ahhh...you know when you guys were still a little kiddo.I made a pankace breakfast,and it was a failure back then.kakak.yun and yap refuse to eat those 'weird' breakfast and kept telling.umi...did you made dorayaki?is it the same one like doraemon eat?did you get this from 'pintu suka hati' like doraemon do?do you do you do you...

instead of pancakes,we love 'lempeng pisang' mak(our babysitter)=.='

so,yeay I made it!!!,kind of re flashing some happy memories.hehe


breakfast for 4.baby 'maherah' in the house today.
This is the most proper and "senonoh" pancake I could make,save the best for the last.
It's easy.I took the recipe from mat gebu's blog and combine it with 'my resepi website'.(my mom trust this website because they had give a try before publishing the outcome)

p/s:don't put any butter/oil. And, use a non stick pan.

hohoho.bye~




Friday, 11 May 2012

apple type,pear type



اسلام عليكم
catchy or not?the title..hehe

Yesterday,I took community pharmacy class with Dr.sahar.I was happy to know that we will start with a new topic which was' OTC weight control'.you don't know how desperate I am, the last time when the doctor told us that she would like to skip those topic and move on to professional communication lecture instead.*mumbling inside*

FYI,OTC stand for( over the counter drugs)which mean a drug without prescription.I just can't believe we also had OTC for weight control.Gaahhh!!excited much.

Back to basic,we learn about BMI(body mass index),a parameter to assess the overall risk of developing heart disease when patient are overweight.ok.everyone know t
his.

but,did you know.which type of body shape is more susceptible to danger.

1.overweight people with large abdomen(waist bigger than hip measurement)APPLE TYPE.
2.overweight people with smaller abdomen(hip bigger than waist measurement)PEAR TYPE.

FACT:APPLE TYPE are generally in worse health than pear type!

oh,come on.I love apples.there even a said that 'an apple a day keeps the doctor away'
Apples is like a potato chip for me.I ate almost 3 apples a day.my favourite..Fuji apple..not too sweet,and the best part.crunchy!!

right now,I am terrified,if I eat apple that much,I will end up having and apple body shape.
called me obsessed,yes I am T.T.hahah


will update about the drugs soon.
???


Happy jumaah day everyone!




Wednesday, 11 April 2012

part 9:last but not least

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu,phew...a tough day today.but, I'm happy to the max!biophamrmaceutic presentation and practical med chem exams had finished.I didn't spoke up in public for quite a long time.nervous and ice cold hand.hectic weeks.Last Monday, I'd travelled to Alexandria,accompanying my friends to embassy of money(MARA),for an interview with some peoples.I pray to you Allah,give her that scholarship.that interview kinda hard.....


I scroll down my bloggie.I found that I left my last post of my trip to cairo,unwritten.and I just notice that today is wordless wednesday.hurmm..please remind me peoples.I'm getting older:P

this is a long post of kubu salahuddin and masjid mohammed Ali Pasha.


copy of the history.from here


Qal’ah (kubu ) Sultan Salahuddin al-Ayubi rahimahu’Llah
Qal’ah Sultan Salahuddin al-Ayubi atau lebih dikenali dengan benteng Salahu
ddin al-ayubi merupakan kawasan yang sangat luas. Benteng ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan Sultan Nasir Salahuddin al-Ayubi sendiri dan pembinaannya dilaksanakan
pada tahun 1183M. Baginda melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang a
mpuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.

Pembinaan kubu yang terletak di atas bukit ini memerlukan asas yang kukuh dan utuh zaman berzaman. Panglima Salahuddin al-Ayubi telah mengarahkan agar diambil batu yang terdapat di Piramid di Giza, untuk dijadikan sebagai batu asas kubu tersebut. Kubu ini dikelilingi pagar yang tinggi untuk mengelakkan musuh menceroboh masuk.


Untuk memasuki kubu ini, terdapat beberapa pintu utama diantaranya pintu Fath, pintu Nasr, pintu Khalk dan pintu Luq. Kemudian terdapat saliran air sebagai bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari sungai Nil menghubungi ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi. Banyak kesan sejarah yang terdapat di kubu tersebut yang dibina sejak zaman pemerintahan kerajaan Ayubiah dan diluaskan sehinggalah zaman kerajaan Uthmaniyyah. Di bahagian utara kubu ini terletaknya Masjid Mohammad Ali Pasha yang diperbuat daripada marmar dan granit.

Terdapat juga di dalam kawasan benteng ini Muzium Polis, Qasrul Jawhara (Muzium Permata) yang mengandungi perhiasan raja-raja Mesir. Terdapat juga Mathaf al-Fan al-
Islami (Muzium Kesenian Islam) yang terletak di bab (pintu) Khalk yang menyimpan sekitar ribu barang yang melambangkan kesenian Islam semenjak zaman Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam sehingga sekarang antaranya surat Rasulullah yang diutuskan kepada pemimipin Mesir ketika itu bernama Maqauqis agar beliau mentauhidkan Allah Taala.




Masjid Mohammed Ali Pasha
Mohammed Ali Pasha berketurunan Albania telah diputerakan di Bandar Qaulah (Qavalia), Macedonia Greece pada tahun 1182H / 1769M. Beliau merupakan pengasas dan pemerintah dinasti terakhir system pemerintahan beraja di Mesir. Beliau telah menganggotai angkatan tentera laut dan datang ke Mesir bertujuan untuk memerangi tentera Perancis yang diketuai Napoleon Bonaparte.
Setelah tentera Perancis berundur, beliau dilantik sebagai pemerintah Mesir
menggantikan Khurshid Pasha pada tahun 1805. Masjid Muhammad Ali dibina oleh beliau sebagai symbol pemerintahan beliau di Mesir yang beraliran moden pada tahun 1830M. Pembinaan masjid ini telah diketuai oleh seorang arkitek Turki bernama Youssef Coshna (Bushnaq), seorang arkitek bangsa Greek yang mengambil model Hagia Sophia (sebuah gereja yang ditukar masjid di Turki). Masjid ini juga terkenal dengan seni bina kerajaan Byzantine.

Ia merupakan seni bina Islam kurun ke -19 yang paling menonjol dan banyak diziarahi pelancong. Masjid Mohammed Ali disebut juga Masjid Marmar (The alabaster Mosque) kerana bahan binaan dalamannnya mewah dengan marmar yang terbaik, ter
masuklah mimbarnya juga diperbuat daripada marmar Bani Suef.

Seni Bina masjid berbentuk empat segi, manakala keluasan kawasan ini ialah 52×54 meter persegi yang dilapisi oleh marmar putih. Di tengah-tengahnya terdapat tempat mengambil wudhu’ yang dihiasi dengan seni ukiran yang menarik. Jam antik di menara jam di luar kawasan masjid (sebelah barat) ini adalah hadiah oleh Raja Perancis, Louis Phillip kepada Muhammed Ali pada tahun 1945. Menara azannya mencapai ketinggian 84 meter, ia juga turut dipengaruhi oleh kesan seni arkitek Turki Uthmaniyyah . Terdapat di dalamnya sebuah perigi yang dalam,
dikenali dengan nama Perigi Yusuf.

Kedudukannya yang starategik membolehkan ia dapat dilihat dari semua pen
juru kota Kaherah. Manakala dari pemandangan luarnya ,dapat dilihat pemandangan kota Kaherah secara keseluruhan. Kawasan dalaman masjid ini terdiri daripada beberapa buah kubah. Keluasan bahagian dalamnya ialah 41 meter panjang, 21 meter lebar. Kubah besarnya mencapai ketinggian 52 meter dan dikelilingi oleh kubah sederhana besar yang tertulis nama Khulafa’ ar-Rasyidin di setiap penjurunya. Reka bentuk dalaman yang indah menjadikan suasana nyaman. Sistem gema suara hasil lantunan padu di dalam masjid ini dapat didengar dari segenap penjuru masjid walaupun tanpa menggunakan sistem mikrofon. Masjid ini mempunyai lampu Chandier seberat 2 tan yang indah tergantung di tengah-tengahnya. Sebelum adanya elektrik lampu-lampunya dinyalakan dengan lilin.


Terdapat dua mimbar yang kedua dan juga digunakan sehingga sekarang. Masjid ini juga terdapat makam Muhammad Ali Pasha yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini. Seni bina makam tesebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan. Suatu kisah menarik tentang Masjid Mohammed Ali ini, ketika perang antara Mesir dan Israel dahulu masjid ini pernah menjadi sasaran peluru berpandu Israel. Namun dengan kekuasaan Allah, ketika hendak dibom rumah Allah ini, kabus tebal tiba-tiba muncul menyelimutinya. Pihak Israel tidak menjumpai sasarannya. Benarlah firman Allah Taala:" Dan bagi Allah-lah apa-apa yang dilangit dan apa-apa yang berada di bumi. Cukuplah Allah sebagai pengawal."


perjalanan kami yang terakhir ke kubu salehuddin dan masjid sultan muhammad Ali Pasha.masjid terakhir yang kami lawat.dibina berdasarkan replika masjid daripada turki,senibina yang menarik.kubu yang masih kekal kuat.dulu hingga kini.

ini adalah view daripada atas kubu salehuddin.subhanallah,masyaAllah.boleh nampak satu egypt.dan sangat sangat sangattt cantik



kalau rajin baca sejarah dekat atas ni.ha nilah dia jam pertama egypt.hadiah daripada raja philips.dulu,org egypt mana reti pakai jam ade nombor.semua pakai jam pasir lagiii.
dan kubah masjid yang besar ni.setiap penjuru ada nama 4 khalifah kita.waktu ni ramai sangat pelancong dekat dalam ni.semua macam terpana dengan senibina masjid dan kawasan sekitarnya.Maha Suci Allah..


saya sarankan.ziarah masjid2 kat sini semua.tak mahal pun.murah je inshaAllah.tapi sebelum pergi.cover dulu sejarah2 sikit.baru best dapat tengok depan mata nanti.orang arab suka tanya'kenapa belajar dekat mesir?malaysia takde u ke?takde farmasi ke?'pening kepalalah nak jawab.soalan tu popular sangat.

nak tahu jawapannya..

pergilah mengenal ayat2 Allah yang tersurat,tersirat,dan tercipta!

apa tu?batu bersurat ke?taklah.ini ayat first ustaz edrian cakap dalam tremko.betulkan niat ikhlaskan hati.buka minda,tenangkan fikiran.nanti kita jumpa jawapan.macam saya ni:P









Saturday, 31 March 2012

poem?


it's not prada
it's not gucci
it's just a plain adidas bag

which is not actually an adidas brand
it's a 'pasar uptown' adidas brand

I stuffed in it
a lot of files
labcoats
notes
pen,higlighter,scissor,stapler
rubbish?

one sweet day
the zip is missing
I thought of throwing it


but yesterday
an egyptian in a shop
fix it


I'm happy
for that 15 ringgit I spend for having you
now you back
and help me

to carry all the load



I'm glad to have you back my adidas baggie



Sunday, 11 March 2012

part 7:masjid amru Al-as



sebelum start ape2,boleh baca dulu entry copy paste.sumber sini


Masjid Saidina Amru al-‘As merupakan masjid yang pertama didirikan di kawasan benua Afrika ini. Masjid ini telah dibina oleh Saidina Amru ibn al ‘As bersama beberapa orang sahabat ketika itu. Khalifah Umar al Khattab radhiAllahu an.hu telah memeberi tanggungjawab kepada Amru al ‘As untuk membina masjid setibanya berjaya membuka Mesir. Pembinaannya dimulakan pada tahun 21H / 641M di Fustat , Ibu Kota Mesir pada waktu itu sebelum Kaherah.

Dengan berbekalkan kumpulan tenaga kerja yang lebih 60 orang sahabat baginda Rasulullah SallAllahu alaihi wasalam. Masjid ini dibina dan ia dikenali sebagai Masjid Amru al ‘As bersempena dengan nama panglima Islam yang telah membuka Mesir.


Pada peringkat awal , ia merupakan masjid yang menjalankan pengajian keilmuan yang tulen dari ulama' yang ikhlas menyatakan ilmu Allah Taala. Imam Syafei rahimahu’Llah telah memulakan kelas pengajiannya di dalam masjid ini dan memperkenalkan mazhab barunya yang dikenali sebagai 'Mazhab Jadid'. Masjid ini telah beberapa kali mengalami proses pemulihan dan perluasan. Hingga kini proses pemuliharaan dan pengindahan masjid ini masih terus dijalankan oleh pihak kerajaan Mesir bagi menjaga keindahan dan keunikannya dari zaman berzaman.

masjid ni kami ziarah lepas balik dari ahram/piramid di giza.untuk solat zohor dan asar.fakta yang menarik terdapat 360 tiang di dalam masjid ni.sambil berehat2 lepas penat bejalan dekat padang pasir dari satu piramid ke satu piramid.(AHAHA naik tremko ammu je sebenarnya)


tengokla masjid mana sekalipun,hati saya tetap kata masjid di mesir sangat indah dan melawatnya membuat hati tenang penuh makna.setiap masjid ada makam insan2 yang sangat kita hormati.tak rugi menziarah.tak rugi kaki penat melangkah.


kenalkan,dua bidadari comel maha dan sidratulmuntaha.

ada lagi satu masjid yang kiteorang sempat ziarah.subhanaAllah.adaptasi replika dari turki.nantikan next entry.wallahualam






Friday, 9 March 2012

part 6:piramid giza

sambung edisi perjalanan kaherah yang tertinggal.ingatkan hati dah mati untuk menaip.

semua orang move on
semua orang menghala ke depan
takkan aku nak pandang belakang
tapi tak nak maju ke depan

syukurlah Allah sentiasa bagi kekuatan,ketabahan.dan parents yang sentiasa faham.kawan yang sentiasa buat aku gelak tak menahan.

ustaz edrian tak bawak kiteorg jalan2 hari kedua.tapi,kiteorg pegi jalan2 dengan satu family ustaz lain.ustaz ni orang siam,pattani,isteri dia asal indonesia.dan anak mereka,dua budak perempuan comel.maha(4 tahun) dengan sidratul muntaha(2 tahun)

piramid giza ataupun dipanggil ahram.mengenai ahram,dekat bawah ni copy paste dari sini



Kedudukan Ahram atau piramid yang terletak di Giza merupakan kawasan perkuburan Firaun di zaman dahulu. Ia merupakan salah satu tujuh binaan ajaib di dunia yang menjadi tumpuan para pelancong. Di kawasan ini terdapat tiga buah piramid utama dan juga Sphinx (Abu Houl) yang berkepala manusia bertubuh singa.

Jika diperhatikan kawasan ini, jelas akan dapat dilihat terdapat satu pelantar atau dataran seluas 2000 meter persegi yang terletak di kawasan ini dalam keadaan tribunal. Bayang-bayang 3 buah piramid ini tidak mengenai satu sama lain. Piramid yang terbesar ialah Cheops, kemudian Chephren dan Micerines. Terdapat juga tiga piramid kecil bersebelahan ketiga-tiga piramid tadi seakan patung berhala bagi piramid-piramid utama tersebut.

Menurut Herodotus, Cheops dan seluruh pemerintah Mesir telah menjadikan hamba abdi sebagai tenaga buruh untuk mengangkut blok-blok batu dari kuari di bawah bukit ke sungai Nil di Aswan. Batu-batu tersebut diangkut menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai Nil. Seramai 100 000 tenaga lelaki dikerah melaksanakan tugas ini termasuk kerja-kerja pemecahan batu, pengangkutan, pengukiran, dan sebagainya. Selama 10 tahun telah diperuntukkan untuk projek ini diselesaikan.

Sebanyak 100 000 biji batu telah diangkut setahun atau 273 biji sehari yang jaraknya 1000 km dari Aswan ke Kaherah dengan menggunakan perahu. Menurut pendapat Herodotus dalam kerja penyusunan batu piramid ini, kren pengangkut dibuat di setiap tingkat untuk membawa bongkah batu ke tempatnya. Kren ini dperbuat daripada kayu balak. Menurutnya juga, sebanyak 41,884kg perak dibelanjakan untuk makanan pekerja dan buruh binaan.

Pembinaan memakan masa suku abad dan terpaksa diberhentikan sementara akibat banjir besar sungai Nil. Piramid ini terdiri daripada 2.3 juta batu dan setiap bongkahan batu
seberat 2.5 - 5 tan. Berat piramid Cheops pula dianggarkan sekitar 2.3 juta tan hingga 11.5 juta tan. ketinggian asalnya pula adalah 146 meter namun akibat proses luluhawa dan gempa bumi ia terhakis sehingga 137 meter.

Ketinggian ini menyamai piramid Chephren (sederhana) yang tidak terhakis teruk di mana bahagian atasnya masih utuh. Piramid Mecerines pula merupakan piramid yang paling kecil dengan memiliki ketinggian 68 meter dan terletak jauh dari kedua- dua piramid utama in

#orang penakut tak reti naik unta.ambik gamba sebelah unta pon jadilah.tersengih encik unta