Sunday, 8 February 2015

affan masuk asrama

umi harini dapat tawaran masuk asrama.Tapi,affan tak nak pegi.kawan affan kata kena simbah air.

Apa relationnya tu.Dengan pantas aku cakap.Umi masukkan je dia kat asrama biar dia belajar.Being the most tak kisah punya perangai.Affan tak macam kiteorang dari kecik dah ada tugas masing-masing tampal dekat tepi peti ais.Buang sampah,sapu,lap habuk,mop lantai,lipat kain...dan seterusnya kerja rumah selalu aku divide dengan yun dan yap.Basically yun hanya mendongak tinggi dengan kerja buang sampah dia selalu buat.Macam eh kakak pegi buat kerja aku dah buang sampah.LOL

Tapi, akhirnya aku berjaya paksa dia masuk asrama.Bila aku tengok balik affan ni macam takde life.Really spoil punya generasi Y.balik main game.hujng minggu online.Bila aku ajak jogging dia sanggup kunci diri dalam bilik.Tapi,haritu ntah macammana marathon dia dapat no 18.Dengan bangga tunjuk medal sambil cakap tengok ni I'm not that spoil sis,I can run too.pfft

Jadi,semalam mula lah aktiviti beli barang asrama.Umi biasala ni nanti tak cukup ni .Aku pulak cukup umi kat asrama tu makan tak ingat nanti.baldi,gayung,alatan mandi sampai la tracksuit,kasut saiz 10 (kaki affan besar gajah),selipar jamban dan segala mak nenek.ok over haha.biasa-biasa je sebab kiteorg 3 aku yun dan yap semua masuk asrama.ulang balik process yang sama.

selamat masuk asrama affan.nnti kawan dengan orang sikit.Jangan pelik sangat.kalau senior buli cakap akak nnti akak sekeh senior tu,haha

takde dah adik nak buli.takde dah adik annoying pakai boxer je jalan-jalan keliling rumah.tinggal arip je...sobs