Thursday, 24 July 2014

Awesome grammar

That is the title of a book

I got from popular today.I had spent my money buying two perfumes at body shop,which cost me 170 ringgit (for me and mom).Yes..then I get down to another level,happens to know victoria secrets has it offers of 120 ringgit for three big bottles of perfumes.plus a free bags.

T.T

so I thought, this bottle will last for one years.I promise one drop a day.( I used to spray it on fly back then when I was at Egypt.It will makes them dizzy and easier for me to step on em..)

Back to the books,I found that it is amusing to improve my grammar.Though I don't have much vocab, I need to improve my writing.too much error.

Support me! maybe I could write in better English

Well,I still forgot to buy mom her padding.I got Arief a wordsearch books because he is glued to games .Spoil kids.

Anyway,Happy Aidilfitri to everyone,don't forget the peoples in Gaza,and victims of MAS airlines tragedy.kosong-kosong ye..much love xo




Tuesday, 22 July 2014

Jetlag won't ends

How am I supposed to perform my tahajud if I can't sleep at least for an hour at night

This is madness.I had my long nap untill 3pm the next day.and the cyle continues.

I'm thinking of going to pharmacy and buy a bottle of sleeping pills. I swear I am so sleepy right now I have to wait for subuh.My stomach is bloating because I have my sahur without sleeps and I have a pack of eno.just because. Eno is like my energy drinks ,it helps me to ease my bloating-ness.

Literally,I didn't fill up my stomach.I add more burden to it because, if I can't sleep I tend to snacking at night.I had magnum gold last night.yum

and I was caught eating it by yun while stepping on the stairs.

'Kakak what are you doing? ever think about your thought of losing 3 kilos during puasa? and losing your belly fat and drumstick leg?

OH yun.forget it.It's time to enjoy my magnum.

mmm...


Mom habits

I'm not being a disgraceful daughter here,but since I grow older,it seems like I had the position to take care of my mom

Because..she is seriously complaining but won't hear anything I said.It's like switching my past of ignoring her advice,when I was a child. 'masuk telinga kanan,keluar telinga kiri'

My mom is a nurse.A senior nurse whom had works in health community since 30 years.But when it comes to her own health.She ignores

Like when she complain her weight won't lose anymore.I told her , umi you should start a healthy lifestyle.stop caffiene,less oil,drink a lot of water and maintain a good bowel habits.

But what I found is a giant bag full of tins of nescafe (she even hide it so I won't notice), and she loves rendang with lotsa oil.

I would be like..umiii kan kakak dah cakap

My mom had her bunion at her foot.If she didn't take care of it,the bunion would go worse and might need a surgery.

So,I read an article about bunion and it is advisable to wears padding in between the toes,compressing stocking,and avoid high heel or uncomfortable shoes that might give stress to her feet.

We went to pharmacy,I was busy searching for a gel to heal my hyperpigmentation (which is worsen over a few years).and my mom forget to buy her padding.and she also buy herself a 3 inch high heels.

=.='

So,do tell me now,how do I be a good daughter?
maybe I should buy her padding.

Thursday, 17 July 2014

#MH370 #MH17 Allah is telling us to repent



Firstly,innalillahiwainnailaihirajiun to all the passenger and crew cabin of flight MH17.May Allah give patience to their family and friends.my greatest condolence.Al-fatihah..

I was shock last night to receive such a heartbreaking tragedy.Probably,the worst tragedy happens to our country.I could still recall the sadness we had when MH370 was reported missing the last 5 month.
I was shock as it happens so suddenly, and tragically was shot down ,and blown up by an irresponsible terrorist.


but,Allah sure got something to tell us...

there is twist fate happening in the flight.
1.A husband died in MH17 as he change his seat with his friends,whilst his wife was saved from the MH370 tragedy doing the same thing.

2.A passenger,jokingly upload the photo of the plane before the incident saying 'this is the complete photo of my plane if it will be missing'

and I'm sure there were more to heard from the families of the passenger and crew.

Above all,it happens in this blessing month of ramadhan.Let us repent before it was too late.
#prayforMH17 #prayforMH370 #prayforgaza #pray for egypt


Tuesday, 15 July 2014

Post holiday syndrome-jetlag- undecided future

Assalamualaikum...

9.7.2014.Aku officially mendarat dekat KLIA dengan selamat.Alhamdulillah.Dah nak dekat seminggu aku duduk Malaysia.Masa mula-mula tu tak teruja sangat nak balik.Cuma teruja nak jumpa family.Tapi bila dah sampai airport Malaysia,aku pulak yang happy dengar suara pak cik masa touchdown KLIA.I'm back Malaysia! for good

Aku ingat lagi ayat pak cik tu 'bukak puasa petang karang beli bazar je..hahaha' sangat Malaysia!

Balik je rumah terus buat rainbow cookies.Ambik kau.haha sebab ade 30 balang order untuk disiapkan.Disebabkan aku memang tak boleh tidur,dari malam sampai lepas subuh aku dan yun mengerjakan kuih lidah kucing.

Aku hilang 3 kilo sepanjang travel.Mane taknya 10 jam puasa.Aku akui memang penat travel lama-lama ni.Kadang-kadang ade satu masa rasa nak duduk dalam bilik satu hari dan rehat.Dahlah aku kena drag luggage dari Mesir(pembetulan...yun angkut beg aku dari london dan 12 hari seterusnya),tapi aku kena bawak balik jugak,sebab lagi satu beg aku nak ambik masa konvo nanti.InshaAllah kalau ade rezeki.

Sekarang aku tengah edit2 balik post aku sebelum ni.Serius sambil edit perasaan rindu tu ade.Tapi,nak pegi balik tu memang pikir nam ratus kali.haha.Bukan senang nak pergi sana,dan bukan senang jugak nak plan.Masakan umi jugak paling best.Karipap umi dah nak sedozen ditelan tak jemu.

Sekarang ni waktu tidur aku dah macam harem.Selama ni aku paling menyampah orang sebut pasal jetlag ni.aku tak pernah hirau pun.Sampai Malaysia dah malam tidurla.Mengada nak jetlag.Sekarang ambik ..malam aku tak tidur.Siang aku tidur 8 jam.Sumpah sakit pening kepala.Satu kerja pun tak jalan.Malam ni aku try tak nak tido sampai malam esok.Bagi penat gila baru tido.

Sebenarnya orang banyak ucap tahniah kat aku.Terima kasih banyak.aku tau memang ramai sangat insan yang terlibat samada secara rasmi dan tak rasmi sepanjang pembelajaran aku.Allah je yang mampu balas jasa family,kawan,mak cik2,atuk,nenek sepupu semua.

Tapi...

aku blank nak buat apa.Like seriously APA HIDAYAH NAK BUAT LEPAS HABIS STUDY ?
Kalau belajar dekat Malaysia semua benda universiti dah settelkan.Tapi,aku kena buat sendiri semua dokumen dan pendaftaran.Termasuk daftar dengan Lembaga Farmasi,temuduga SPA.huwa sobs

Aku cuma berharap Allah mudahkan urusan aku lepas ni.Sebab aku dah rasa susah sangat study.Aku harap perjalanan untuk kerja ni berjalan lancar.ameen.Banyak benda nak fikir.Ekonomi keluarga,

pastu kalau boleh semasa aku ada masa lagi ni aku nak travel,Aku tak naklah shopping sangat,masa pergi london aku banyak shopping barang aku,lepastu aku menyesal,last2 banyak barang yg patut aku punya aku bagi orang.even masa dekat France aku beli duit untuk makan dengan souvinier je

nanti kalau aku beli barang aku,aku rasa bersalah,baik belikan orang sebab dorang tak merasa nak berjalan macam aku.nak tengok culture negara lain.Nanti kalau dah tua even dah banyak duit,umi kata waktu tu mungkin dah takde masa.Jadi,aku tak nak sia-siakan usia muda ni.Sikit duit pun takpe,asalkan cukup bajet untuk travel orang bujang.

Yang penting aku nak tolong umi.Nak bagi adik-adik puas dulu aku belanja dorang,nak pampered family tahap maksimum.nak tolong community.heih dah melebih pulak.konon je undecided future.well..aku memang suka berangan tinggi-tinggi.supaya kalau tak dapat at least aku di tahap yang normal.wakaka

Ya Allah tolong percepatkan urusan posting aku.lebih banyak elaun lebih bagus

bye~






Tuesday, 8 July 2014

Nice-Monaco (bahagian akhir)

Phew..

Akhirnya,sampai ke hari terakhir aku dekat France.Alhamdulillah..aku rasa bersyukur sangat dapat jejakkan kaki ke ssemua tempat yang aku pergi.12 hari bukan tempoh yang sekejap.Aku belajar banyak benda.Aku banyak tido juga.heih

Di kesempatan ni,aku nak ucapkan terima kasih banyak2 (Mercibuku) dekat yun sebab berjaya bawak aku jalan-jalan dari London sampai ke Monaco-Monte Carlo.Nanti balik kita kira hutang eh.

Kalau nak concludekan journey ..

Egypt-Istanbul-London-Paris-Toulun-La Garde-Marsielle-Nice-Monaco-Malaysia

Da penat nak cerita penjang.baca caption gambar yolah.

Plage-pantai
warna laut ni aku tak edit.
masa ni dah penat nak daki tangga,tapi gambar profile picture nak satu
Monaco
gamba selfie tak pernah nak senonoh.ni dekat atas Palace,Monaco



casino-Monte Carlo,Monaco
lap paling susah F1
tapak kaki orang femes
tengkorak guna barang dapur

my dream car.kerusi rotan

Bye France.I fall in love with you

Marsielle (bahagian 6)

Kalau nak tau,dekat France ni ade satu sistem car pooling.Ada satu site orang akan tawarkan untuk naik kereta dengan dia ke satu tempat.Tapi,kita bayarlah.Lagi murah daripada nak naik train atau kereta sendiri.Jadi,kiteorang naik dengan sorang perempuan France ni.Kebetulan dia kerja dekat Marsielle.

Aku memang salute dengan yun,sebab dalam setahun dia dah boleh handle banyak benda.Bahasa France tu dah jadi mother tounge dia.(yun ko jangan nak kembang kalau ko baca ni eh) Aku ni lima tahun duduk Egypt,setakat bahasa yang mudah tu bolehla aku cakap.Sepanjang perjalanan ke Marsielle(sebut maseh),yun boleh buat jokes dengan perempuan tu.Da cor(ok) itu je bahasa yang aku faham.Aku taktau orang France ni suka tak kalau kita cakap English,jadi aku diam jelah.
nampak tak gereja atas bukit
M untuk Maseh.haha sukehati




Maseh ni adalah Bandar ketiga yang terbesar dekat France,dekat sinilah pelabuhan utama.Adik aku nak bawak naik bot pergi pulau yang ada pantai yang tersembunyi.Nama dia Calanque.Cantik tapi masa ni aku memang mengantuk sebab kiteorang bertolak pagi.Lepastu waktu sampai aku pening kepala.Aku tidur kejap dekat Metro station Marsielle.Dah tidur tu baru ok sikit.

Naik bot best.Ni kira redeem sebab tak boleh pergi Disneyland Paris.hehe

Satu lagi tempat aku pergi Notre dame.Kalau sampai Maseh ni benda pertama yang korang akan Nampak ialah gereja dekat atas bukit ni.dalam ni ade crypt (tempat letak berhala).Ada bus yang lalu setiap 15minit.Setiap Bandar dekat France ni ade colour.Kalau dekat Paris akan Nampak colour kelabu dengan putih.Kalau dekat Maseh colour oren dengan putih.

Malam tu bukak puasa dengan pizza paling sedap.Pizza crust nipis.memang original Italian pizza.Adik aku selalu beli dekat La pizzaella.Memang terbaiklah.Dah dua hari pergi kedai tu tutup.Last day,ade rezeki kiteorang.


Lepastu,aku terus pack barang dan kiteorang naik kereta ke Nice.Perjalanan dari Toulun ke Nice dalam dua jam,lebih kurang pukul 12 malam aku sampai Nice.Seperti biasa,bila penat aku tidur.

Toulun-La Garde (bahagian 5)

Waktu sampai Toulun ni dah malam.Kiteorang bukak puasa roti dan air dan terus pergi rumah sewa.Yun dah boleh drive jadi takde banyak masalah sangat.Tak payah nak kejar train atau bas.

 Pagi tu aku pergi melawat Universiti yun, hantar baju kat dobi dan beli barang untuk masak.Rumah sewa tu siap ade oven,memang gatal je tangan aku nak buat something.Lagipun,barang murah kat situ.7 euro dah dapat banyak benda.Shredded cheese baru 1.19 euro satu packet.

Aku pergi satu kubu dekat tengah La Garde.Dulu ada banyak askar jaga dekat atas kubu ni.Bandar ni kira macam Bandar penjaga seba dia duduk dekat tengah-tengah,antara satu pelabuhan denagn pelabuhan yang lain.


Tada! Quiche,shepard pie,dan pasta.Tiga benda berbeza tapi satu rasa yang sama.lol


Lebih kurang senja,adik aku bawak pergi Mount Farte.Gunung dekat Bandar Toulun.View kat sini memang mashaAllah cantik gila.Cuma nak naik tu aku yang takut sebab jalan dia memang muat-muat satu kereta.Boleh pulak minyak pun nak habis bila naik gunung.Sikit lagi nak sampai atas,aku dah cuak sebab dah nak malam,yun pun pusingkan kereta dekat tengah-tengah gunung.Pusing balik sebab jalan tu one way je.



Kiteorang bukak puasa dekat atas gunung dan cepat-cepat turun balik.Dah malam dan tak elok duduk atas gunung.Sepanjang turun tu aku tawakal je sebab jalan curamnya ya Allah.Dan first time aku tengok babi hutan.Elok je kuis kaki dekat atas gunung.


Paris (last day)

Hari ketiga,masa untuk beli ole-ole dari Paris.Ade banyak tempat untuk beli souvinier tapi aku pergi dekat Sacre coer .

Lepas beli barang,aku terus pergi balik Eiffel tower untuk kali yang terakhir.Au revoir! Aku dah rindu dah masa aku tulis ni.

Jadi,tamatlah journey aku ke Bandar-bandar besar.Aku dan yun naik train ke Toulun,tempat adik aku belajar.Perjalanan dalam 5 jam.Sepanjang perjalanan ni korang boleh nampak country view of France,tapi  aku pegi tidur sampai Toulun.Aku pantang sikit kenderaan bergerak.Naturally tertidur.







Paris (bahagian 4)

Pagi kedua dekat Paris, sebenarnya tengahhari,aku naik metro untuk pergi La fayatte.Ingatkan nak usha Longchamp untuk umi.Tapi,dah jalan-jalan rasa tak mampu.haha.Jadi kiteorang terus pergi Opera.Dekat Paris ni ada banyak opera yang besar-besar.Salah satunya dekat sini.
tempat tinggal
opera

Lepastu,aku singgah Hard rock café Paris.Aku sebenarnya tak faham kenapa orang suka sangat pergi Hard rock café,tapi takpe aku pergi sebab nak tengok-tengok.Kata jalan-jalan.


Tempat kedua yang famous dekat Paris ialah Arc de Triumph.Orang France ni suka letak nama orang penting dekat monumen negara dia.Salah satunya ada ditulis dekat dinding Arc de Triumph.Waktu ni aku pergi masa malam,waktu siang aku pergi kelmarin.Sebab kiteorang dah terlepas waktu pukul 11 malam untuk tengok Eiffel glowing.Jadi,aku dan yun pergi sini dulu.


Selama ni aku ingat dekat Namsan Tower,Korea tu tempat orang letak padlock.Rupanya,original idea dia datang daripada Paris.Cis, kena tipu hidup-hidup .Nama tempat ni Pont Des Arts.Katanya dekat salah satu  jambatan,satu besi penghadang  tempat dorang letak padlock tu dah jatuh.Jadi kerajaan dorang tutup tempat ni sementara waktu.Ingatkan tak dapat pergi,rupanya dah bukak balik.yeay! boleh hancurkan cinta monyet orang.Ade yang tak tulis cinta pun.Dia tulis nama dan cakap I will live.nice!..pastu balik kunci kat bawah kan.Sapa ngajar ni buat benda tak berfaedah macamni.

Aku dan yun pergi Museum De lurve. Muzium ni sangat besar,kalau dua hari pusing pun takkan habis.Dekat dalam ni ade potret Monalisa yang femes.Tapi,aku tak masuklah kena bayar sebab aku bukan resident.Ada bahagian sejarah Islam dan macam-macam lagi.Kiteorang lepak dekat taman.Dah penat dan kehausan.

Petang tu aku balik bilik,yun layan bola.France menang!! Woot memang bersorak sakan adik aku sorang-sorang.Kesian…

Kiteorang bukak puasa dekat Restoran Turki.makan kebab.Banyak gila dia bagi daging.kalau dekat Egypt boleh kira berapa kali je dia hiris daging kebab.



Malam tu aku pergi balik Eiffel Tower.Ulang alik benda yang sama pun tak boring.dayah…dayah


Friday, 4 July 2014

Paris (bahagian 3)

Paris (part 3)
Dah sampai hari ketiga ni,aku nak tengok Eiffel tower.Perjalanan daripada London ke Paris lama.Dekat tengah-tengah perjalanan bas kena masuk dalam kapal dan kiteorang kena masuk dalam deck sementara kapal tu berlabuh sampai ke tempat nak dituju.Lepastu baru boleh masuk bas balik dan kiteorang sampai Paris pagi.Lebih kurang 10 pagi
.
Paris hujan…

Saje je nak bagi effect sadis dekat aku.haha.hujan rahmat.Sebab belum pukul 12, kiteorang pergi simpan luggage dekat hotel.Aku tinggal dekat hotel F1 di port de saint Queen.Masa mula-mula sampai Paris.Aku sangat blank.Aku tak tau apa-apa tulisan dan tak faham apa dorang cakap,aku rasa sangat asing lah senang kata.

Hotel F1 ni memang tempat yang selalu yun dengan member dia duduk kalau pergi Paris.Murah dan selesa.Harga lebih kurang 37 euro semalam.untuk 3 orang satu bilik.Toilet dengan shower room dekat luar , sangat selesa.check in pukul 12 tengahhari.


Benda pertama yang aku pergi mestilah EIFFEL TOWER.Cantiknya subhanaAllah.Ini gambar first aku dekat situ.memang berbaloi aku simpan cita-cita nak pergi sini.


Kalau nak tengok Eiffel ni ada dua tempat.satu daripada Trocardero,dan satu daripada Ecole Militaire.Kena pergi tengok dari dua-dua tempat.Malam dan siang.

Petang tu yun bawak aku pergi  Sacre Coeur .Gereja ni dah berusia 125 tahun.Aku masuk kejap dalam gereja,lepastu cepat-cepat keluar balik.Dorang tengah sembahyang.Malas aku nak kacau.haha.Selain daripada pemandangan daripada atas Eiffel Tower,view daripada atas gereja ni boleh nampak satu paris.


Petang tu kiteorang pergi Eiffel tower tapi dekat bahagian bawah.Untuk buka puasa sambil tunggu Eiffel bercahaya dan glowing waktu malam.Walaupun sejuk gila masa ni.Sanggup juga aku tunggu Eiffel bercahaya pukul 11 malam.

Eiffel ni akan ade magic setiap kali pukul 11 malam dengan 12 malam.Nanti kalau pergi korang tunggu tau.



Dalam pukul 11.30 kiteorang balik lalu Bir hakim.Jangan naik metro dekat Bir hakim.Jauhhh

London (bahagian 2)

Hi semua..

Ok jom teruskan lagi perjalanan.Hari kedua aku bangun awal,sebab nak kemas –kemas barang.Roomates aku semua jenis tidur awal kot.Bila balik malam tadi,aku pulak yang kena mendengket dengket naik atas katil.Nak makan sandwich dengan epal pun,orang atas katil gerak-gerak.Jadi,pagi tu aku breakfast macam biasa.Rupanya belum start puasa lagi.heheh
Sementara tunggu adik aku siap,aku turun dekat kaunter surf internet kejap.Tiba-tiba ade orang mabuk duduk tepi aku.Tersedu sedu dia tak tau kenapa.Tapi,dia tak kacau pun.Bila adik aku dah siap kiteorang terus gerak ke Oxford Street.

TIME FOR Shopping!

Kebanyakan kedai baru nak start sale.Tapi,Primark memang tengah sale harga durian runtuh.Aku beli dua sneakers bunga-bunga.3 pound satu.Adik aku rembat barang laki.Beli buah tangan untuk ayah dan adik sikit.Family tidak boleh dilupakan, kawan-kawan pun dapat jugak.jangan risau:3
Masa tengah jalan-jalan dekat situ,boleh pulak ade parade.Ingatkan parade untuk awareness against breast cancer.Rupanya parade of Gay.ew! Tapi,ramai orang join,ade yang kononnya represent as muslim dan cakap Allah loves gay.blergh..Ya Allah maafkan mereka sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

Lepastu  pergi makan dekat café.Order Americano ,cappuccino dan white and black waffle.emm sedapnya…menikmati hari terakhir berpuasa.Sempat jugak call umi bagitau kiteorang dah selamat sampai,selamat makan,selamat buat papejelah.

Dah rehat sekejap,kiteorang pergi landmark yang paling besar dekat London.Big band.

Dan seterusnya,kiteorang lepak dekat Hyde park.Dekat sini serius lawa sebab ade burung merpati,tupai,angsa,itik segala jenis binatang yang comel.haha.


Malam tu lebih kurang pukul 9,kiteorang bertolak ke Victoria Station.Bye London! Till we meet again.