Wednesday, 27 February 2013

tak sangka pertemuan yang terakhir

Assalamualaikum..

Baru-baru ni saya balik kampung negeri sembilan dua kali.Kali pertama saya balik dengan adik beradik berempat.Saya ingat wan merajuk.mak long cakap,wan mengadu dekat mak lang.Dayah ni takdo ingat nak balik kampung,lupo dia kek wan ni.dah tak payah simpan deghian tu,poie bakar kek belakang rumah.

Malam tu wan biasa tidur dekat depan.Tapi,berulang kali dia bangun dan duduk dekat tangga.Mengurut-urut dada.Wan memang selalu begitu.Bagi aku..itulah wan.malam duduk di tangga.Kalau ada yang tak kena.Tapi,aku lupa wan dah setahun tak jumpa aku.soalan yang ditanya aku jawab endah tak endah saja.

Esoknya,mak long suruh kait buah rambutan dekat depan rumah.Manggis dekat dusun sebelah.dan kalau pandai,panjat sekali pokok langsat,buahnya banyak tak dijamah.Kalau ada paksu,mungkin dah habis dipetik. tangan aku tak biasa pegang galah.Wan membebel cakap dayah ni tak reti kait rambutan.Tapi,dia buat juga walaupun tangan wan sakit.Banyak wan kait..penuh satu bakul.

Petang tu wan terkejut bila aku cakap nak balik.Sekejap bona kata wan.Dalam hati aku rasa cukuplah balik sekali.Tapi,aku asyik teringat wan kata nanti cuti raya cina balik lagi.....

*
Aku tanya yun.kalau dia penat takpe.Hantar aku ke ktm.Biar aku naik ktm ke seremban dan ambik bas loceng ke pilah.Yun tak kisah.Jadi dia hantar ke ktm.sebab dia ade projek nak buat

Sampai ke rumah.Aku jumpa wan lagi.Aku mengadu lapar.Mak lang kata pergi makan,ada masak lemak ayam dan nangka.Wan tau aku nak balik,dia tangkap ayam kampung lagi seekor.Tapi,petang tu aku terus keluar dengan mak long dan mak lang ke seremban.Beli barang dapur.Wan macam biasa duduk dekat tangga.Malam tu macam banyak benda yang wan nak cakap dengan aku.Tapi,aku masih jawab biasa2.Aku tak duduk depan dia dan berborak dengan wan.Aku sibuk baca majalah dan tengok vcd2 kat kampung.

Esok tengahari aku dah siap2 nak balik.Aku peluk wan kuat-kuat.Wan bagi duit 40 ringgit dekat aku.Banyak bona ni wan.kata aku.Wan biasa bagi aku 10 ringgit katanya buat beli jajan dan aiskrim.Wan kata takpelah ambik...duit ni untuk belanja belajar.Wan petik lagi buah rambutan,dia suruh bawak tempoyak,buah rambutan untuk maksu.bawak petai.Aku bawak sikit...penat wan kait.galah tu bukan ringan

Wan tunggu ye.Dayah balik lagi 3 bulan.Kita jumpa raya nanti tau wan.Dan aku berjalan ke stesen bas.Dari stesen bas aku nampak wan jalan-jalan depan rumah.Itu kali terakhir aku lihat wan.

innalillahi wa inna ilaihi rajiun.untuk wan yang dayah sangat sayang.dayah rindu wan.dayah nak balik tengok wan.Dayah menyesal sangat tak lari balik peluk wan masa kat stesen haritu.Kalau dayah tau wan...

InshaAllah wan.lagi 3 bulan kita jumpa.Dayah ziarah kubur wan.dan sedekahkan yasin dan fatihah untuk wan.Wan tunggu ye.Wan tunggu dengan atuk.Dayah janji.


Atul cerita wan pergi senang.Dayah redha.Semoga roh wan tenang bersama atuk.