part 4:masjid dan makam imam syafi'e
masih terngiang2 di telinga.waktu tu hati bisik ustaz ni macam tengah membebel sorang2.lepastu ambil buku nota,tulis dan catat menonong.sekarang baru menganga tengok buku nota.sebab tak faham apa yang diri sendiri tulis.kejamnya hati.tak nak bersabar waktu menerima ilmu.#kata2 tentang menuntut ilmu di depan makam imam syafie
seperti tak percaya.aku dapat melihat makam .pengasas mazhab imam syafie.kata ustaz.adanya 4 mazhab bukan bermaksud umat islam berpecah.kita adalah manusia biasa.kalau puasa nak ikut macammana,kalau solat nak ikut macammane dan banyak lagi hukum2 fekah yang kita tak boleh buat ikut sukahati ,logik ,ilmu sendiri yang sangat cetek tentang islam.dengan adanya imam2 yang menghafal dan memahami Al-quran dan hadith,mendalami ilmu2 agama,menuntut ilmu dengan imam yang handal sebelumnya.barulah kita tahu hukum mana betul yang mana salah.supaya ibadah kita tak terpesong dengan cara islam yang sebenar.
#makam imam syafie (dibelakang tiang).disebelahnya adalah makam mahmud kamil dan ibunya maliki shams.kubah dan keliling makam dihiasi dengan ukiran kayu daripada india.hadiah ulama daripada india.
#dekat luar,ada satu lagi makam zakaria Al-ansari,yang turut sama disemadikan di dalam masjid imam Al-syafi'e.
#tiang seperti marmar ni adalah tempat yang paling digemari imam syafie.beliau selalu bersandar di tiang ni sampaikan sebab selalu sangat duduk.beliau mengidap penyakit buasir.malam imam syafie akan dibahagikan kepada tiga,satu pertiga untuk beribadah,satu pertiga untuk digunakan untuk ilmu,dan sedikit sahaja masa untuk tidur.satu keajaiban,nampak tak tapak kaki.dipercayai ini adalah bekas tapak kaki Rasulullah S.A.W.baunya harum.dan yang lebih kagum,bau harum tu hanya ada dekat tapak kaki itu sahaja.tanah yang lain langsung tak bau ape2.maha suci Allah yang mengetahui setiap rahsia.
saya tinggalkan post kali ni dengan tulisan comot nota yang cuba dibaca balik.salah satu daripada mutiara kata berhikmah imam syafi'e
6 cara untuk menuntut ilmu
1.zaka'un(bijak)
2.ijtihad(bersungguh-sungguh)
3.harsun(keinginan untuk menuntut ilmu)
4.dirham(duit)
5.sohabatul ustaz(bersahabat dengan guru)
6.tulu'ul waqt'(masa yang panjang)
Comments
tapak kaki tu macam magic!bau harum kasturi
Wangian tu kan boleh di simbah pada lantai tu. Apa nak hairan.
Org mesir ramai yg kuat menipu dan kaki putar lebih dari org malaysia. Ramai yg tak bertamadun. Mengembara, mengenali budaya. Jgn termakan umpan. :)