part 9:last but not least

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu,phew...a tough day today.but, I'm happy to the max!biophamrmaceutic presentation and practical med chem exams had finished.I didn't spoke up in public for quite a long time.nervous and ice cold hand.hectic weeks.Last Monday, I'd travelled to Alexandria,accompanying my friends to embassy of money(MARA),for an interview with some peoples.I pray to you Allah,give her that scholarship.that interview kinda hard.....


I scroll down my bloggie.I found that I left my last post of my trip to cairo,unwritten.and I just notice that today is wordless wednesday.hurmm..please remind me peoples.I'm getting older:P

this is a long post of kubu salahuddin and masjid mohammed Ali Pasha.


copy of the history.from here


Qal’ah (kubu ) Sultan Salahuddin al-Ayubi rahimahu’Llah
Qal’ah Sultan Salahuddin al-Ayubi atau lebih dikenali dengan benteng Salahu
ddin al-ayubi merupakan kawasan yang sangat luas. Benteng ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan Sultan Nasir Salahuddin al-Ayubi sendiri dan pembinaannya dilaksanakan
pada tahun 1183M. Baginda melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tiada mempunyai sistem pertahanan kubu yang a
mpuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.

Pembinaan kubu yang terletak di atas bukit ini memerlukan asas yang kukuh dan utuh zaman berzaman. Panglima Salahuddin al-Ayubi telah mengarahkan agar diambil batu yang terdapat di Piramid di Giza, untuk dijadikan sebagai batu asas kubu tersebut. Kubu ini dikelilingi pagar yang tinggi untuk mengelakkan musuh menceroboh masuk.


Untuk memasuki kubu ini, terdapat beberapa pintu utama diantaranya pintu Fath, pintu Nasr, pintu Khalk dan pintu Luq. Kemudian terdapat saliran air sebagai bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari sungai Nil menghubungi ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayubi. Banyak kesan sejarah yang terdapat di kubu tersebut yang dibina sejak zaman pemerintahan kerajaan Ayubiah dan diluaskan sehinggalah zaman kerajaan Uthmaniyyah. Di bahagian utara kubu ini terletaknya Masjid Mohammad Ali Pasha yang diperbuat daripada marmar dan granit.

Terdapat juga di dalam kawasan benteng ini Muzium Polis, Qasrul Jawhara (Muzium Permata) yang mengandungi perhiasan raja-raja Mesir. Terdapat juga Mathaf al-Fan al-
Islami (Muzium Kesenian Islam) yang terletak di bab (pintu) Khalk yang menyimpan sekitar ribu barang yang melambangkan kesenian Islam semenjak zaman Nabi Muhammad sallAllahu alaihi wasallam sehingga sekarang antaranya surat Rasulullah yang diutuskan kepada pemimipin Mesir ketika itu bernama Maqauqis agar beliau mentauhidkan Allah Taala.




Masjid Mohammed Ali Pasha
Mohammed Ali Pasha berketurunan Albania telah diputerakan di Bandar Qaulah (Qavalia), Macedonia Greece pada tahun 1182H / 1769M. Beliau merupakan pengasas dan pemerintah dinasti terakhir system pemerintahan beraja di Mesir. Beliau telah menganggotai angkatan tentera laut dan datang ke Mesir bertujuan untuk memerangi tentera Perancis yang diketuai Napoleon Bonaparte.
Setelah tentera Perancis berundur, beliau dilantik sebagai pemerintah Mesir
menggantikan Khurshid Pasha pada tahun 1805. Masjid Muhammad Ali dibina oleh beliau sebagai symbol pemerintahan beliau di Mesir yang beraliran moden pada tahun 1830M. Pembinaan masjid ini telah diketuai oleh seorang arkitek Turki bernama Youssef Coshna (Bushnaq), seorang arkitek bangsa Greek yang mengambil model Hagia Sophia (sebuah gereja yang ditukar masjid di Turki). Masjid ini juga terkenal dengan seni bina kerajaan Byzantine.

Ia merupakan seni bina Islam kurun ke -19 yang paling menonjol dan banyak diziarahi pelancong. Masjid Mohammed Ali disebut juga Masjid Marmar (The alabaster Mosque) kerana bahan binaan dalamannnya mewah dengan marmar yang terbaik, ter
masuklah mimbarnya juga diperbuat daripada marmar Bani Suef.

Seni Bina masjid berbentuk empat segi, manakala keluasan kawasan ini ialah 52×54 meter persegi yang dilapisi oleh marmar putih. Di tengah-tengahnya terdapat tempat mengambil wudhu’ yang dihiasi dengan seni ukiran yang menarik. Jam antik di menara jam di luar kawasan masjid (sebelah barat) ini adalah hadiah oleh Raja Perancis, Louis Phillip kepada Muhammed Ali pada tahun 1945. Menara azannya mencapai ketinggian 84 meter, ia juga turut dipengaruhi oleh kesan seni arkitek Turki Uthmaniyyah . Terdapat di dalamnya sebuah perigi yang dalam,
dikenali dengan nama Perigi Yusuf.

Kedudukannya yang starategik membolehkan ia dapat dilihat dari semua pen
juru kota Kaherah. Manakala dari pemandangan luarnya ,dapat dilihat pemandangan kota Kaherah secara keseluruhan. Kawasan dalaman masjid ini terdiri daripada beberapa buah kubah. Keluasan bahagian dalamnya ialah 41 meter panjang, 21 meter lebar. Kubah besarnya mencapai ketinggian 52 meter dan dikelilingi oleh kubah sederhana besar yang tertulis nama Khulafa’ ar-Rasyidin di setiap penjurunya. Reka bentuk dalaman yang indah menjadikan suasana nyaman. Sistem gema suara hasil lantunan padu di dalam masjid ini dapat didengar dari segenap penjuru masjid walaupun tanpa menggunakan sistem mikrofon. Masjid ini mempunyai lampu Chandier seberat 2 tan yang indah tergantung di tengah-tengahnya. Sebelum adanya elektrik lampu-lampunya dinyalakan dengan lilin.


Terdapat dua mimbar yang kedua dan juga digunakan sehingga sekarang. Masjid ini juga terdapat makam Muhammad Ali Pasha yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini. Seni bina makam tesebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan. Suatu kisah menarik tentang Masjid Mohammed Ali ini, ketika perang antara Mesir dan Israel dahulu masjid ini pernah menjadi sasaran peluru berpandu Israel. Namun dengan kekuasaan Allah, ketika hendak dibom rumah Allah ini, kabus tebal tiba-tiba muncul menyelimutinya. Pihak Israel tidak menjumpai sasarannya. Benarlah firman Allah Taala:" Dan bagi Allah-lah apa-apa yang dilangit dan apa-apa yang berada di bumi. Cukuplah Allah sebagai pengawal."


perjalanan kami yang terakhir ke kubu salehuddin dan masjid sultan muhammad Ali Pasha.masjid terakhir yang kami lawat.dibina berdasarkan replika masjid daripada turki,senibina yang menarik.kubu yang masih kekal kuat.dulu hingga kini.

ini adalah view daripada atas kubu salehuddin.subhanallah,masyaAllah.boleh nampak satu egypt.dan sangat sangat sangattt cantik



kalau rajin baca sejarah dekat atas ni.ha nilah dia jam pertama egypt.hadiah daripada raja philips.dulu,org egypt mana reti pakai jam ade nombor.semua pakai jam pasir lagiii.
dan kubah masjid yang besar ni.setiap penjuru ada nama 4 khalifah kita.waktu ni ramai sangat pelancong dekat dalam ni.semua macam terpana dengan senibina masjid dan kawasan sekitarnya.Maha Suci Allah..


saya sarankan.ziarah masjid2 kat sini semua.tak mahal pun.murah je inshaAllah.tapi sebelum pergi.cover dulu sejarah2 sikit.baru best dapat tengok depan mata nanti.orang arab suka tanya'kenapa belajar dekat mesir?malaysia takde u ke?takde farmasi ke?'pening kepalalah nak jawab.soalan tu popular sangat.

nak tahu jawapannya..

pergilah mengenal ayat2 Allah yang tersurat,tersirat,dan tercipta!

apa tu?batu bersurat ke?taklah.ini ayat first ustaz edrian cakap dalam tremko.betulkan niat ikhlaskan hati.buka minda,tenangkan fikiran.nanti kita jumpa jawapan.macam saya ni:P









Comments

nabila azmi said…
suke ending entry ni..figthing!!..
hidayah azman said…
ending of the trip.won't stop blogging inshaAllah:)

Popular posts from this blog

ubat selsema

part 4:masjid dan makam imam syafi'e

part 1:masjid imam 4 mazhab