Bersenam dalam rumah

Assalamualaikum..

hai hai ape khabar?

Sekejap je masa berlalu.saya baru habis written dan oral paper ke lima.Tinggal 3 lagi paper .Kawan-kawan pun dah nak dekat final written dan ade yang dah habis pun exam.Maksudnya semua orang dah nak balik.Dah nak berkampung dekat rumah masing-masing.menggemukkan diri...

Sedihnya dah habis pergi gym.Dulu dekat treadmill dan cycling tulah tempat melepaskan segala dendam.Apa semua benda tak kena haritu lepas dekat situ.Balik dari kelas stress-stress terus bantai bersenam.Suci muka dengan peluh-peluh sihat.Dan alatan-alatan gym tulah tempat bermanja tiap2 hari.Dok angkat tarik tiap-tiap hari.tsk tsk.amboi melampau emo

Ah sudah..
Point dekat sini cuma nak berkongsi cara untuk bersenam indoors.Memang pilihan gadis-gadis zaman kini yang malas nak keluar.Lagi-lagi kalau sampai tempat nak jog je ramai pulak lelaki.hadeh..memang aku lari sopan kepit-kepit bawak towel 24 jam nak lap peluh. kan?

ye saya faham benar perasaan itu.

1.AEROBIC...bunyi macam boring .Senang je.kalau nak bagi best tutup sound aerobik yang original tu.Pastu bukak music yang korang suka.Kajian menunjukkan lagu  dapat membantu meningkatkan keseronokan untuk bersenam.Sambil beraerobik sambil menyanyi 1 jam dah burn 380 kalori unruk general aerobik.wau lumayan...tak payahla nak dengar and one and two and three and four...again..and again...kalau 3 kali seminggu buat memang boring campur annoying.

2.DANCEROBIC..yang ni menarik.Saya baru berjinak dengan benda ni.Tak perlu video aerobik.Korang cuma ambik satu lagu.Lepastu korang masukkan step aerobik dan ulang dalam 8 step ikut rentak lagu.Serius best.kalau buat ramai-ramai boleh jadi high school musical dah.Buatla koreografi macammane pun tapi ulang 8 kali,lepastu step lain pulak 8 kali...dan seterusnya.Dah siap satu lagu ambik lagu lain pulak.Dah boring lagu tu tukar lagu lain pulak.tak bosan lah begitu nanti.

3.YOGA...senaman ni untuk merehatkan badan.Saya sangat suka senaman regangan ni.Pasang lagu-lagu balad dan kawal pernafasan anda.yang ni kenalah tengok dekat youtube ade banyak.Ambik yang untuk beginner je. relax and chill.

4.STEP AEROBIC.yang ni saya baru try masa dua hari sebelum habis gym.Penat dan seronok.Step aerobic boleh membakar 500 kalori lemak!


-Tambahan alatan lain seperti dumbell dan bola gym.Kalau jogging nak kena ada kasut sukan,sweater,ah rimas.Sekarang pakai pijama pun boleh bersenam.mudah tak? janganlah keliru.Disini saya cuma memberikan alternatif lain untuk bersenam bagi manusia yang cintakan rumah.rumah itu dunia aku...itu sahaja.selamat cuba untuk bersenam.

Setiap kali selepas habis exam.saya ada tabiat rewardkan diri  dengan benda yang dapat menggembirakan hati.tapi terbeli 2 minggu sebelum habis exam pulak.haha camane..hi dumbell pink.haritu saya nampak awak kat kedai.dua malam tidur tak lena.loll bye~





Comments

Anonymous said…
post yang ni serius kena dengan diri aku..nak kurus nak kurus menjerit batinku hehe.thanx dayah!aku try nk praktik :)AINI

Popular posts from this blog

ubat selsema

part 4:masjid dan makam imam syafi'e

part 1:masjid imam 4 mazhab