autisme
Arief(adik yang last) adalah seorang autisme.Dia sekolah darjah satu tapi suka berkawan dengan budak berumur lima atau enam tahun.Budak-budak lain boleh kesan yang adik aku lain.Kalau aku ambik dia kat sekolah aku tanya budak-budak.kenal arief tak? dorang jawab Arief pelik tu ke?(kemungkinan untuk dibuli adalah tinggi sebab dia jenis tak pandai cakap tidak,dan tak boleh nak bezakan mana betul dengan salah,kalau aku tanya betul tak?dia akan geleng dengan angguk pada waktu yang sama. Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri . Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala " hidup dalam dunianya sendiri ". Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental. autisme bukan sejenis penyakit yang berjan...