my diet plan

Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama sekali,post ni bukanlah bertujuan untuk memburukkan diri sendiri atau apa2.cuma sekadar motivasi untuk gadis diluar sana yang seusia dengan saya.Tapi,buntu untuk menurunkan berat bedan,Yes,it is an issue when it comes to weight loss.Ada sesetengah yang mintak tips walaupun saya bukan kurus betul pun.Tapi,saya cuba untuk bantu anda mana yang patut sebab saya bukan pro,dan saya masih belum mencapai berat ideal yang saya nak.so,ini diet plan saya.

1.Perkara pertama yang anda perlu adalah set goal.Goal anda mestilah realistik.Goal saya adalah untuk turunkan 8 kg dalam masa 3 bulan.BMI 21.

2.Bagi saya,untuk usia kita yang muda lagi,elok kita try dulu jaga makan dan exercise untuk turunkan berat badan.Saya bukan nak halang anda makan supplement yang memang banyak sekarang ni.Tapi,as a student,kita bukan banyak duit.kalau banyak..go on.kalau tak banyak...here..I'm sharing with you some tips.

3.Waktu dekat malaysia,saya dah kumpul duit khas untuk pergi gym 3 bulan.( I mean..duit orang bagi untuk beli barang ke mesir tu ,saya save sikit untuk bayar duit pergi gym).Saya target exercise setiap hari.Oleh kerana gym hanya ada 4 kali seminggu.hari lain saya akan buat aerobik.Biasa saya pergi gym 2 jam,selepas habis kelas.Apa yang menarik tentang gym ialah ia mengajar saya untuk berdisiplin dalam exercise.Sebab dah bayar..jadi saya tak nak mebazir duit ..maka akan gagahkan diri untuk pergi 4 kali seminggu.

Antara exercise yang saya buat di gym:
-program dengan instructor 30 minit
-30 minit aerobik
-30 minit treadmill atau alat lain
-cycling 10minit

dan kalau tak pergi gym:
-aerobik or dancing 30-45 minit
-workout untuk kaki(for widen the gaps between thigh)

setiap hari,saya akan buat 90 kali sit up untuk perut,dan 90 kali cycling baring untuk lower abs(perut).

4.Untuk makanan.Saya tengah cuba kira kalori,Alhamdulillah setakat ni membantu,cuma sekarang tengah dugaan sikit sebab asyik rasa nak makan semua benda.Makanan yang selalu saya ambik pagi,pisang,dua keping biskut digestive atau air cereal.Tengahari..saya akan ambil makanan berat tapi kalau dekat kelas tu biasa tak sempat jadi saya grab je apa2 yang saya boleh makan.roti ,biskut,jus.Saya cuba elakkan makan makanan fast food arab(krib,french fries,dll) tapi kalau teringin saya beli tapi makan dalam kuantiti separuh.Malam,saya makan nasi separuh,lauk,dan sayur.Lepastu saya tak ambik apa2 sampai tidur.kecuali air.

ini link untuk tahu berapa banyak kalori untuk ambil setiap minggu: http://www.healthyweightforum.org/eng/calculators/calories-required/

untuk link untuk kalori makanan..google cekodok.com (comelnya nama!.... by kevin zahari)

dan juga ini...http://pkdmanjung.moh.gov.my/v4/images/gambar/Bank_kalori_makanan.pdf

5.Apa yang anda perlukan adalah motivasi diri dan dari kawan-kawan.Memang ada kawan-kawan yang akan mengusik .Orang sekarang ni memang anti betul kalau kita makan sikit atau pergi gym dan exercise
.Mestilah macam-macam dorang akan cakap.Tapi,pekakkan telinga saja.Yang kurus nanti aku,yang gemuk itu kau.haha.ok tak baik.senyap je.Dan Housemate saya pun sangat baik.Dorang faham dan even support everytime nak pergi gym.Dorang akan cakap go dayah go!.^^

Niat dalam hati yang kita nak sihat,bukan nak kurus semata.Kita nak jaga anugerah yang Allah yang bagi kat kita baik2.Bila kita rasa ringan,senang nak bergerak,kita akan rasa happy untuk study,untuk pergi kelas agama,untuk pergi meeting, dan untuk buat apa saja.Dan ini membantu kita untuk sentiasa positive,fokus,disiplin dan ceria.

That is all tips from me.Good luck to all of the ladies out there! and pray for me too.Still got another 5 kilo to go:)

Comments

nabila azmi said…
dayah..thank you for the tips...nak sihat jugakkkk
lavenderlover said…
Nk sehat gak! Yeay!

Popular posts from this blog

ubat selsema

part 4:masjid dan makam imam syafi'e

part 1:masjid imam 4 mazhab