3 hari di bandung

Assalamualaikum..

Beware post ni akan jadi post yang sangat panjang.tapi,aku yakin korang takkan bosan dengar cerita 3 hari di bandung.atau korang akan menyampah aku ni asyik jalan jeee.tetibe!

Memang benda ni jadi sangat spontan..Liyana call  tanya aku nak pergi bandung tak.ade seat kosong,kalau tak bawak luggage lagi murah.Jadi,aku tanya umi dan semua. Surprisingly semua kata pergilah.Malam tu jugak book tiket,esok transfer duit dekat liyana.boom! lepas raya pergi bandung

Aku suka betul benda yang spontan.buat aku jadi blur-blur dan masuk alam mimpi:3

Flight aku pukul 6 pagi.Jadi,pukul 3 pagi dah bertolak dari rumah liyana dekat subang jaya ke klia2.Klia 2 sangat besar bukan sebarangan airport tambang murah.Siap ada shopping mall semua.Perjalanan dari klia ke bandung dalam dua jam.Yang bestnya naik flight tambang murah,kita tak perlu risau pramugari kejutkan kita untuk makan.mulut dahla busuk2 kena makan.tutup je mata,buka mata da sampai bandung.

Waktu sampai di bandara(airport),beg liyana tertinggal dekat KL.Kami panik sebab tak pernah beg tertinggal,baju dia semua dalam tu.tapi,lepas jumpa semua pegawai yang baik hati,hari kedua dah dapat balik beg.

One word...orang bandung friendly

Hari pertama,kami melawat universitas padjajaran dengan nurul dan haniq.haniq belajar di kuliah farmasi dan ada satu tahun lagi.sama jugak nurul tapi dia kuliah agrotek.Mereka sangat rapat antara satu sama lain.bertegur macam satu family.Aku jumpa ramai kawan baru.kak niya,amil,ali dan aghni.



Malamnya,aku,nurul,yana,haniq dan niya pergi Jatos mall.makan dekat sana.Mereka bawak kami ke atas gunung untuk city night view.Pemandangannya sama macam aku pergi Paris.dan memang sebab itu bandung digelar Paris Van Jaya.Malam tu pulak bulan penuh.MashaAllah memang cantik.




Hari kedua nurul tak dapat ikut sebab dia kena jumpa pensyarah untuk siapkan thesis.Jadi,kami berenam..aku ,liyana,aghni,ali,niya,haniq dan amil pergi ke gunung tangkuban perahu.Dekat situ aku pertama kali cuba rafting.BEST! lepas rafting mandi dekat kolam air panas.Habis tu kami makan dekat tepi ladang teh.pemandangannya masih teringat sampai sekarang.






Malamnya si haniq dan aghni nak pergi rumah hantu.perghh sebenarnya lama jugak aku tak pergi rumah hantu.Kalau tak kerana ada lelaki dekat depan n belakang.memang kiteorang tak bergerak sampai habis.Aku berdiri belakang amil,sambil dia kata ini semuanya patung ajaa.hahaha lawak betul kalau teringat balik.

Hari ketiga,aku keluar lambat sikit.Rasa sangat malas nak bangun.Sejuk betul malam tu.Memang aku takpernah pakai kipas dekat sini,cuacanya sejuk sebab bandung dikelilingi gunung-gunung semulajadi.Lepastu kami ke pasar baru untuk shopping!.Aku terbeli banyak pulak.Tapi,takpe bukan selalu nasib baik muat beg traveller tu.kih2

Trip ke Bandung ni ajar aku banyak perkara.Memang waktu pergi aku lupa segala masalah aku.Orangnya pemurah dengan senyuman,makanannya sedap,dan cuacanya tak berapa panas.Aku baru kenal hati budi orang indonesia.Tak sama macam yang aku fikirkan.Walaupun bahasa sama tapi banyak phrase yang tak sama maksud.contohnya kereta bagi mereka ialah kereta api,comel bagi mereka ialah lucu,dan banyak lagi.Aku akan ketawa tak henti bila kami tersalah sebut perkataan.Memang tak rugi aku buat keputusan untuk ikut liyana.

hmm...lepas ni ke mana pulak eh?

tunggu kerja lahT.T

Comments

Popular posts from this blog

ubat selsema

part 4:masjid dan makam imam syafi'e

part 1:masjid imam 4 mazhab