scones :resepi roti british

Assalamualaikum semua..

Fuh sem ni terasa sangat cepat.Tapi dalam rasa tak sempat boleh lagi baking.Sebenarnya dah lama usha resepi ni dekat instagram kawan.Tengok dia ambik gambar fresh keluar dari oven.Tapi,takkan usha je kot.tak nama dayah la kalau tak try.hehe

Scones ni tekstur dia macam biskut campur roti.Paling senang kita tak perlu uli doh .Aku memang tak suka menguli doh ni.malas.lepas tu tangan sakit-sakit macamlah tengah angkat dumbell 100 kali.over kan perumpamaan.

Senang nak menangis buat dia.

Bahan-bahan
2 cawan tepung
1/3 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda
1/2 sudu garam
8 sudu besar butter
1/2 cawan kismis (optional)
1/2 cawan buttermilk
1 biji telur (optional kalau tak letak pun jadi je)

Cara-cara
1. Preheat oven 200 degree
2. Campurkan tepung,gula,baking powder,baking soda  dengan garam.
3. Masukkan butter dalam adunan.pastu guna tangan mixkan dengan tepung sampai jadi serbuk roti.ambik         masa 2-3 minit jugakla .Dalam resepi dekat youtube biasa orang guna alatan canggih.tapi,pakai tangan
    pon boleh bah kalau kau.
4.Buat macam well dekat tengah adunan.masukkan buttermilk dengan kismis.

   *kismis tu optional je.boleh letak blueberry kalau kaya hahah.Haritu ade kawan bagi kismis masa raya 
     tahun  lepas.memang berkurun duduk atas peti ais.

  *buttermilk kalau beli siap mahal.buat sendiri je.masukkan satu sudu cuka masakan dalam susu.kacau dan       biar 5 minit.Nanti susu tu macam pekat sikit.jadi buttermilk

5. Gaul adunan  pakai senduk sampai dia sebati.Adunan scones ni memang melekat.Tapi jangan risau.tepung akan membantu.

6. Taburkan tepung dekat atas tempat potong sayur tu (apa ntah nama dia).landas??landasan?? ape apejelah.Lepastu letakkan semua adunan atas papan pemotong .tabur tepung banyak-banyak atas dia.tepekkan je.Oleh sebab aku takde cutter,pakai gelas je untuk tekap bentuk bulat-bulat.

7. Taburkan tepung atas dulang pembakar dan susun scones cantik-cantik,masukkan dalam oven biar 15 minit .Panas-panas terus sapu jem strawberry jenama best harga 4 genih sebotol.

nah tengok you tube untuk lebih faham.tapi,jangan letak bacon tu.haramm.haha






selamat mencuba!serve dengan green tea perasan macam tengah minum petang dekat london.lol ;p

Comments

Unknown said…
Best! Best! Best!... kene cube nih.. ;-)
hidayah azman said…
cuba jangan tak cuba.bloody delicious.hehe:D
nabila azmi said…
this looks yummy sgttttt
hehehe
tpi nk trgelak bab landasan tu.hihiih

Popular posts from this blog

ubat selsema

part 4:masjid dan makam imam syafi'e

part 1:masjid imam 4 mazhab