Post holiday syndrome-jetlag- undecided future

Assalamualaikum...

9.7.2014.Aku officially mendarat dekat KLIA dengan selamat.Alhamdulillah.Dah nak dekat seminggu aku duduk Malaysia.Masa mula-mula tu tak teruja sangat nak balik.Cuma teruja nak jumpa family.Tapi bila dah sampai airport Malaysia,aku pulak yang happy dengar suara pak cik masa touchdown KLIA.I'm back Malaysia! for good

Aku ingat lagi ayat pak cik tu 'bukak puasa petang karang beli bazar je..hahaha' sangat Malaysia!

Balik je rumah terus buat rainbow cookies.Ambik kau.haha sebab ade 30 balang order untuk disiapkan.Disebabkan aku memang tak boleh tidur,dari malam sampai lepas subuh aku dan yun mengerjakan kuih lidah kucing.

Aku hilang 3 kilo sepanjang travel.Mane taknya 10 jam puasa.Aku akui memang penat travel lama-lama ni.Kadang-kadang ade satu masa rasa nak duduk dalam bilik satu hari dan rehat.Dahlah aku kena drag luggage dari Mesir(pembetulan...yun angkut beg aku dari london dan 12 hari seterusnya),tapi aku kena bawak balik jugak,sebab lagi satu beg aku nak ambik masa konvo nanti.InshaAllah kalau ade rezeki.

Sekarang aku tengah edit2 balik post aku sebelum ni.Serius sambil edit perasaan rindu tu ade.Tapi,nak pegi balik tu memang pikir nam ratus kali.haha.Bukan senang nak pergi sana,dan bukan senang jugak nak plan.Masakan umi jugak paling best.Karipap umi dah nak sedozen ditelan tak jemu.

Sekarang ni waktu tidur aku dah macam harem.Selama ni aku paling menyampah orang sebut pasal jetlag ni.aku tak pernah hirau pun.Sampai Malaysia dah malam tidurla.Mengada nak jetlag.Sekarang ambik ..malam aku tak tidur.Siang aku tidur 8 jam.Sumpah sakit pening kepala.Satu kerja pun tak jalan.Malam ni aku try tak nak tido sampai malam esok.Bagi penat gila baru tido.

Sebenarnya orang banyak ucap tahniah kat aku.Terima kasih banyak.aku tau memang ramai sangat insan yang terlibat samada secara rasmi dan tak rasmi sepanjang pembelajaran aku.Allah je yang mampu balas jasa family,kawan,mak cik2,atuk,nenek sepupu semua.

Tapi...

aku blank nak buat apa.Like seriously APA HIDAYAH NAK BUAT LEPAS HABIS STUDY ?
Kalau belajar dekat Malaysia semua benda universiti dah settelkan.Tapi,aku kena buat sendiri semua dokumen dan pendaftaran.Termasuk daftar dengan Lembaga Farmasi,temuduga SPA.huwa sobs

Aku cuma berharap Allah mudahkan urusan aku lepas ni.Sebab aku dah rasa susah sangat study.Aku harap perjalanan untuk kerja ni berjalan lancar.ameen.Banyak benda nak fikir.Ekonomi keluarga,

pastu kalau boleh semasa aku ada masa lagi ni aku nak travel,Aku tak naklah shopping sangat,masa pergi london aku banyak shopping barang aku,lepastu aku menyesal,last2 banyak barang yg patut aku punya aku bagi orang.even masa dekat France aku beli duit untuk makan dengan souvinier je

nanti kalau aku beli barang aku,aku rasa bersalah,baik belikan orang sebab dorang tak merasa nak berjalan macam aku.nak tengok culture negara lain.Nanti kalau dah tua even dah banyak duit,umi kata waktu tu mungkin dah takde masa.Jadi,aku tak nak sia-siakan usia muda ni.Sikit duit pun takpe,asalkan cukup bajet untuk travel orang bujang.

Yang penting aku nak tolong umi.Nak bagi adik-adik puas dulu aku belanja dorang,nak pampered family tahap maksimum.nak tolong community.heih dah melebih pulak.konon je undecided future.well..aku memang suka berangan tinggi-tinggi.supaya kalau tak dapat at least aku di tahap yang normal.wakaka

Ya Allah tolong percepatkan urusan posting aku.lebih banyak elaun lebih bagus

bye~






Comments

Unknown said…
Buuurrrrrppppppp... konyang baco travelog. .. alhamdulillah. ..
hidayah azman said…
hahaha..best tak banyak saya update:D

Popular posts from this blog

ubat selsema

part 4:masjid dan makam imam syafi'e

part 1:masjid imam 4 mazhab