Toulun-La Garde (bahagian 5)

Waktu sampai Toulun ni dah malam.Kiteorang bukak puasa roti dan air dan terus pergi rumah sewa.Yun dah boleh drive jadi takde banyak masalah sangat.Tak payah nak kejar train atau bas.

 Pagi tu aku pergi melawat Universiti yun, hantar baju kat dobi dan beli barang untuk masak.Rumah sewa tu siap ade oven,memang gatal je tangan aku nak buat something.Lagipun,barang murah kat situ.7 euro dah dapat banyak benda.Shredded cheese baru 1.19 euro satu packet.

Aku pergi satu kubu dekat tengah La Garde.Dulu ada banyak askar jaga dekat atas kubu ni.Bandar ni kira macam Bandar penjaga seba dia duduk dekat tengah-tengah,antara satu pelabuhan denagn pelabuhan yang lain.


Tada! Quiche,shepard pie,dan pasta.Tiga benda berbeza tapi satu rasa yang sama.lol


Lebih kurang senja,adik aku bawak pergi Mount Farte.Gunung dekat Bandar Toulun.View kat sini memang mashaAllah cantik gila.Cuma nak naik tu aku yang takut sebab jalan dia memang muat-muat satu kereta.Boleh pulak minyak pun nak habis bila naik gunung.Sikit lagi nak sampai atas,aku dah cuak sebab dah nak malam,yun pun pusingkan kereta dekat tengah-tengah gunung.Pusing balik sebab jalan tu one way je.



Kiteorang bukak puasa dekat atas gunung dan cepat-cepat turun balik.Dah malam dan tak elok duduk atas gunung.Sepanjang turun tu aku tawakal je sebab jalan curamnya ya Allah.Dan first time aku tengok babi hutan.Elok je kuis kaki dekat atas gunung.


Comments

Popular posts from this blog

ubat selsema

part 4:masjid dan makam imam syafi'e

part 1:masjid imam 4 mazhab