Marsielle (bahagian 6)
Kalau nak tau,dekat France ni ade satu sistem car pooling.Ada satu site orang akan tawarkan untuk naik kereta dengan dia ke satu tempat.Tapi,kita bayarlah.Lagi murah daripada nak naik train atau kereta sendiri.Jadi,kiteorang naik dengan sorang perempuan France ni.Kebetulan dia kerja dekat Marsielle.
Aku memang salute dengan yun,sebab dalam setahun dia dah boleh handle banyak benda.Bahasa France tu dah jadi mother tounge dia.(yun ko jangan nak kembang kalau ko baca ni eh) Aku ni lima tahun duduk Egypt,setakat bahasa yang mudah tu bolehla aku cakap.Sepanjang perjalanan ke Marsielle(sebut maseh),yun boleh buat jokes dengan perempuan tu.Da cor(ok) itu je bahasa yang aku faham.Aku taktau orang France ni suka tak kalau kita cakap English,jadi aku diam jelah.
nampak tak gereja atas bukit |
M untuk Maseh.haha sukehati |
Maseh ni adalah Bandar ketiga yang terbesar dekat France,dekat sinilah pelabuhan utama.Adik aku nak bawak naik bot pergi pulau yang ada pantai yang tersembunyi.Nama dia Calanque.Cantik tapi masa ni aku memang mengantuk sebab kiteorang bertolak pagi.Lepastu waktu sampai aku pening kepala.Aku tidur kejap dekat Metro station Marsielle.Dah tidur tu baru ok sikit.
Naik bot best.Ni kira redeem sebab tak boleh pergi Disneyland Paris.hehe
Satu lagi tempat aku pergi Notre dame.Kalau sampai Maseh ni benda pertama yang korang akan Nampak ialah gereja dekat atas bukit ni.dalam ni ade crypt (tempat letak berhala).Ada bus yang lalu setiap 15minit.Setiap Bandar dekat France ni ade colour.Kalau dekat Paris akan Nampak colour kelabu dengan putih.Kalau dekat Maseh colour oren dengan putih.
Malam tu bukak puasa dengan pizza paling sedap.Pizza crust nipis.memang original Italian pizza.Adik aku selalu beli dekat La pizzaella.Memang terbaiklah.Dah dua hari pergi kedai tu tutup.Last day,ade rezeki kiteorang.
Comments